Thursday, July 18, 2013

Iftar di Johor Golf & Country Club

Hari ke 9 berpuasa adalah masa yang sesuai untuk sesekali beriftar di luar.Dah hari ini RA bersama ayah dan rakan-rakan RA bertolak ke Johor Golf & Country Club untuk beriftar di sini.Amboi sampai je semua dah siap-siap bergambar kat depan pintu kelab ini,tak aci betul sebab tak ajak RA bergambar bersama.Ketibaan dif-dif kehormat ala-ala dalam rancangan "Mr & Ms Universe" berjalan kucing (catwalk) di tepi kolam renang untuk mengambil tempat duduk tepat sebelum azan margrib.

Ada masa lagi sebelum azan Margrib berkumandang jadi lensa kamera mencari posisi menarik untuk bergambar bersama dan inilah hasilnya tajuk gambar ini "bergambar di tepi kolam" katernya.

Haaa dah nak dekat azan dah tu,jadi boleh lah siap-siap amik makanan yang telah terhidang ala buffet.Untuk pengetahuan semua makanan iftar di uruskan oleh Restoran Singgah Selalu.Harga makanan di sini RM30+ Dewasa dan RM15+ kanak-kanak (4tahun ke atas).Iftar ini terbuka kenapa umum dan tidak kepada ahli kelab sahaja.

Anak-anak macam biasalah asik bermain video game je kat telefun bimbit dan bergosip tentang dunia artis zaman sekarang.Zaman RA dulu sebelum nak tunggu berbuka main capair je.(ala tutup air botol tu)

Amacam? mengiur dan menjanjikan tak makanan-makanan kat sini? Ada sotong masak sambal,udang & ayam sweet sour,jejari ikan,tempe gorang dan pelbagai lagi makanan kampung dan kueh traditional yang di hidangkan untuk beriftar pada malam itu.Jangan terperanjat bila nampak ada cincaluk juga di sini...(kegemaran RA tu)

Inilah juadah yang sempat di sambar oleh RA dan ayahanda tercinta.Ala bapak RA bukan leh makan banyak pun,paling pun sepinggan + ikan goreng.

Haa yang ini RA yang punya.Nak amik lebih-lebih lepas solat Margrib nanti baru makan besar sikit.heeehe

 

Riang-riang berbuka puasa bersalam keluarga dan sahabat kali ini lebih bermakna sebab dapat berkumpul ramai-ramai,cuma keluarga Kak Ros je yang tak dapat datang atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.Apa pun yang ada ini pun dah macam majlis berhari Raya lah pulak.

 

Iftar tahun ini pelbagai anugerah dan gelaran berjaya kami raih,antaranya :-

- Meja paling panjang

- Meja paling riuh rendah

- Meja paling banyak bergambar

- Meja penganjuran terbaik

- Meja paling ramai selebriti 

Gambar riang-ria dan ragam yang sempat di rakam oleh kamera lensa RA dan kawan-kawan.

Haa ini aksi terlebih suda selepas abis berbuka,yelah dah ada tenaga sikit kepak pun dah berkembang.Kalau sebelum tu asik kuncup je sebab takde tenaga tak makan.

Macam biasalah sesi terakhir sebelum pulang ke rumah iaitu sesi bergambar untuk album muka buku tahunan kitaorang.Bergambar dah macam bergambar untuk album majalah sekolah laa pulak.Juadah beriftar malam itu juga mendapat tajaan 70% dari badan koperat kita iaitu "Dr Yunus".Terima kasih yea Dr Yunus.

Kepak,jangan tak kepak....Selamat berIftar kawan-kawan semua !!!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam Encik Rio,

Bole saya dapatkan number untuk menempah meja di Johor Golf & Country Club.

Terima Kasih

RioAzzaro said...

0127220234 - call En Redzwan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget