Tuesday, July 16, 2013

Berbuka,Moreh dan berulang tahun

Haa kalau nak tahu inilah gambar-gambar selepas berbuka puasa sambil bermoreh di rumah orang yang baru sahaja baik dan keluar dari hospital.Siapa Lagi kalau bukan Abang Yunus.Majlis berbuka puasa ini juga merangkap majlis meraikan ulang tahun cucu saudaranya Aleya.(yang pakai baju macam Cinderella tu)

Ini pulak muka-muka mereka yang sudah kenyang sebab puas makan nasi ala kampung yang di tempah katering oleh tuan rumah.

Haa tu penat katernya.Sampai mata nak bukak pun dah tak larat.Masa ini semua orang dah balik tapi kitaorang yang tak balik-balik lagi hehe.Saja mengeteh buat macam kat kedai Mamak.

Dah tu kalau bergambar mesti nak berkepak.Kalau tak berkepak memang tak sah.Sebenarnya masa ini RA baru abis berterawih (buat 8rakaat je malam ini) kat Masjid Taman Universiti tak jauh dari umah tuan rumah.Datang pulak lepas berbuka kat rumah,sampai terus makan lepas tu gie terawih.

Haa nie dia muka budak debab,macam nak gigit ke pipi dia tu,tembam sangat.hehehe.Si bongsu kesayangan Kak Rovita dan Abang Champin

Terima kasih yang Tuan Rumah - Abang Yunus,Rahim,Pura sekeluarga yang menjemput dan menjamu kami berbuka dan moreh ari ini.Buat Aleya Selamat Ulang Tahun! Moga menjadi anak yang Solehah.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....