Sunday, July 14, 2013

Berbuka Puasa Ala RA

 Selamat Berpuasa semua....

Memandangkan cuti hari minggu ini RA tak kerja jadi ringan-ringanlah tulang ke dapur,maklumlah orang bujang.Kalau tak masak sendiri nanti ke Bazar lah jawapnya.Bukan apa sekarang makanan kat Bazar Ramadhan Ya Raabi bukan main mahal lagi.Kueh-mueh nak dapat RM2=6keping pun dah susah jumpa sekarang.Kalau ada pun kecik-kecik saiznya.Betul-betul diaorang buat duit bulan-bulan puasa.

Ala RA bukannya pandai masak pun,bila bukak peti sejuk nampak Terung dan Kentang goreng terus terpikir nak buat Terung Masak Sambal Belado.Bahan pun kurang,tak mahal dan sesuai untuk orang bujang macam RA ini.Inilah hasilnya selepas di masak.Lepas ini lauk ke dua,RA akan masak selepas balik dari bazar Gelang Patah.Nak tengok apa yang ada kat sana,jommmm ikut RA.....

 

 Inilah dia Bazar Ramadhan di Pekan Gelang Patah.Apa yang RA suka pasal bazar kat sini ialah tempatnya lapang dan banyak menjual pelbagai kueh mueh traditional dan kueh kegemaran RA pastilah kueh Talam berlauk,karipap dan kueh pelita.Leh tahan sesak jugaklah tempat letak kenderaan kat sini,nasib baik RA datang hari Ahad,kalau hari biasa lebih sesak sebab pekan ini terletak berdekatan dengan kilang-kilang perindustrian.

Masuk je dari hujung bazar ini dah terbau ayam goreng yang di jual.Pergghh menguji kesabaran betul.Dah tu bila nampak putu bambu dan putu piring naik terliur air liur RA.Murtabak yang goreng depan mata dengan pelbagai nasi kerabu,nasi dagang,nasi tomato,mee goreng kawah,pari & kerang bakar membuatkan perut RA bertambah kuat berbunyi...Sabar RA...sabar...jangan membazir,nanti berbuka tak larat makan semua tu.

Akhirnya dapat jugak kueh Talam berlauk yang RA nak (walaupun tinggal dua keping) jadilah buat mengelak kempunan datang jauh-jauh.hehe.Tapi dengar-dengar lak orang yang pergi bersama RA ke bazar nie dapat Air Cendol percuma.Wah kelas kan kalau jadi artis Sinaran Emas (bukan Kilauan Emas yea),mana-mana pergi mesti ada orang kenal.hehe

 Jam dah menunjukkan pukul 6petang jadi kenalah balik ke rumah untuk bersiap-siap berbuka,kalau lambat nanti alamatnya berbuka di tengah jalan la gamaknya.Balik rumah rupanya menu ke 2,bapak RA tak masak lagi...Jadi terpaksalah ke dapur semula dan masak menu ke 2 ini dengan berpandukan bapak RA sebagai cikgu mengarah dari belakang.Apapun siap jugak akhirnya sebelum azan Margrib berkumandang.Inilah dia "Kuah Kari Dal Aneka Rasa" (nama baru katernya)

Selamat Berbuka semua "RA"rian


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....