Saturday, July 20, 2013

Alkisah kekek mengkekek

 Alkisah....tooyiibbbb....hehe.Nak dijadikan cerita majlis berbuka puasa untuk hari ini akan di adakan di rumah kawan baik RA iaitu pasangan Liyana a.k.a Jack + Faizal a.k.a Boy di Taman Teratai.Ala kawan RA yang baru sahaja baik sedikit dari sakit kansernya tu.

 Konsep "Potluck" katernya,jadi RA awal pagi lagi dah ke pasar untuk beli barang nak masak Soto Madura.Tetiba teringat ayam goreng yang si Jali masak masa kenduri umah dia ari tu,terus telefun Jali dan dia pesan kalau nak buat ayam goreng kailasan yang lagi sedap lebih baik guna ayam kampung.Jadi teruslah RA ke gerai si Edy tokeh ayam,bila tengok gerainya tak bukak lagi RA terus ke gerai sebelah dan belilah sekor ayam pencen.Daging Tetel dan tulang RA beli kat gerai lagi satu.Masak punya masak dah kul 5petang,lepas mandi RA terus ke rumah Jack membawa seperiuk kuah soto Madura dengan ayam pencen goreng kailasan.

Tiba kat rumah Jack sementara menunggu Diel datang bawak mee hoon goreng dan nasi empit RA,Eddy,Jack dan JayJay pun berborak kosong sambil tonton TV.Bila azan je kitaorang pun masing-masing capai apa je makanan yang ada sebab Diel dan Mamak sampai lewat.Haa masa inilah tetiba babak filem Bujang Lapuk makan Ayam keras terjadi.Anak Jack,si Naufal macam nak tercabut gigi dia nak siat daging ayam pencen persis lakonan Arwahyarham S.Samsuddin nak makan ayam keras.Si Jay jay pulak sampai terbang nasi kat peha dia sebab terlampau keras sangat kepak ayam tu nak di patahkannya hahaha.Gelak tak habis-habis RA malam tu.Rupanya ayam pencen tu kena rebus dulu baru goreng,ni lepas basuh RA terus goreng dengan rempah,mana lah tak keras.kah kah.Bujang Lapuk betul kan.

 Si Anak Diel paling bagus,orang lain kat sini dah tergelak sakan sebab ayam keras tetiba dia leh tanya kenapa ayam ini keras.Lagi lah tambah terbahak RA, dengan malu pun ada...mau tak malu,budak-budak siap mengadu sakit gigi nak makan ayam pencen tu.Mamak paling sempoi siap leh makan selamba je,macam takde apa-apa yang berlaku...Adohaiiii....Nasib lah uncle mintak maaf banyak-banyak yea.Lepas makan biasalah sesi gosip mengosip dan sesi mengeteh pun di mulakan.Hai makin kurus dah kawan aku si Jack ini.

Sambil-sambil tu tunggu tuan rumah ketua keluarga ini (Si Boy) yang tak balik kerja lagi.Kena keja lebih masa katanya lori kontena tak sampai lagi.

Apapun jamuan berbuka puasa kali ini pasti menjadi ingatan buat RA bila tiap kali nampak ayam goreng mesti teringatkan Naufal & Jayjay makan ayam goreng RA.Maaf yea...ampunnnnn hehehehe.Buat Jack@Liyana banyak-banyak berehat dan moga cepat-cepat sembuh ok.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....