Wednesday, July 3, 2013

Abang Yunus Di hospital

 Alahai,terperanjat RA hari ini apabila menerima berita yang Abang Yunus di masukkan ke hospital kerana serangan jantung.Sebenarnya dia di masukkan pagi semalam setelah menghadapi sakit pada dadanya dan kami semua tahu pagi tadi itu pun Abang Mork yang mula-mula mendapat khabar ini.Tengah hari itu juga Azie,Nik ,Abang Mork dan Kak Rovita melawat dia di Hospital Sultanah Aminah bukan Hospital Tun Aminah yea.RA biasalah tak dapat nk lari ke sana sebab pejabar RA jauh ke hulu dari bandaraya Johor Bahru.Alhamdullah RA mendapat berita dari mereka mengatakan Abang Yunus berada di dalam keadaan stabil.Jam 6petang abis kerja RA terus menuju ke hospital untuk melawat Abang Yunus.

 Haa inilah dia tersenyum simpul menyambut RA dan rakan-rakan yang lain datang melawatnya.Kecian dia,lain kali kalau berZumba kena hati-hati sikit yea abang Yunus.Jangan terus minum air sejuk dan kena perlahan-lahan.Bukan apa,kita tak pasti keupayaan tenaga dalam badan kita.Abang Yunus bertuah kerana selepas habis berzumba beliau terus pulang ke rumah dan berehat.Jika malam itu dia sambung dengan lepak mengeteh dan makan malam mesti sakitnya menyerang sewaktu dia tengah tidur.Alhamdullilah tuhan masih memberi peluang.Tengok tu ceramah juga telah berikan oleh Kak Rovita dengan tangan-tangannya bergerak.

 Doa RA dan juga kawan-kawan moga abang Yunus cepat-cepat sembuh dan jaga kesihatan diri.Kurangkan tekanan dan banyakkan berehat yea.InsyaAllah....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....