Saturday, June 22, 2013

Setahun di Ulang tahun Rara

 Selamat Ulang Tahun Pertama Khayra A.k.a Puteri Rara!!!

 Diam tak diam dah setahun berlalu dan setahun juga umur anak pasangan Ika dan Anwar ini.Rasanya baru je dulu kami semua datang ke rumah mereka meraikan majlis potong jambul si Rara.Cepat sungguh masa berlalu,setahun dah rupanya yea.Makin besar dah dia.

Konsep dan tema untuk petang ini adalah : Ikan Duyung.Maka berkuyun-kuyun la puteri-puteri dan ibu-ibu duyung yang meraikan mengikut tema yang di tetapkan.Maklumlah dulu-dulu sambat ulang tahun tak guna tema-tema ini.Untung anak-anak zaman sekarang.

 

Katanya nak datang jam 3petang,tapi seperti biasa pasti ada yang lewat yea.Alhamdulillah hari ini jerebu berkurangan dan langit begitu cerah dan cuaca sangat-sangat panas.Hidangan utama di sini iaitu daging kambing kuzi bakar menjadi menu pilihan keluarga ini.Tengok je lah Mak sedara si Khayra iaitu Geena yang gembira memperagakan baju ikan duyung berkulit harimau bintang.(dapat masa rimau tu terdampar kat laut kelemasan,katernya).

 Acara memotong kek ikan duyung Barbie berrambut panjang di mulakan pada jam 4petang.Inilah muka-muka gembira mak dan ayah meraikan puteri duyung kesayangan mereka.

Meja penuh dengan manisan dan gula-gula untuk tetamu-tetamu cilik yang sememangnya suka makan ini dari makanan makanan dewasa yang lain.Budak-budak mana lah nak makan Nasi Ayam,Laksa Johor,Karipap dan Kambing Kuzi kan.

 Buat Khayra a.k.a Rara moga cepat membesar dan menjadi anak yang pandai lagi solehah yea.Selamat Ulang Tahun dari Uncle :

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....