Friday, June 28, 2013

Selamat Ulang Tahun Elise

"Selamat Ulang Tahun ke 13 tahun Elise"

Tadi bertempat di Lazio Cafe & Bistro Dangabay,majlis meraikan anak dara kak Rovita yang sorang ini di adakan pada jam 930malam.Maaflah RA tiba lewat sikit,maklumlah nak buat persiapan untuk lawatan satu kumpulan ke Singapura esok pagi.Jadi sibuk ke hulu dan ke hilir dari pejabat ke hotel di Bandaraya Johor Bahru.Apa pun sepat juga RA sambar hadiah untuk di berikan kepada Elise.Maaflah tak sempat nak bungkus dengan pembalut hadiah.

Wah teman-teman RA nampaknya sudah lama tiba yea.Meriah mengayakan baju-baju baru dari pereka-pereka baju terkenal seperti Chenail,Gucik,Luis Bottom,Coachee,Jojo-Arman,Zaharah & Victoria Confidential.Maklum bukan selalu tau.Dengar-dengar "Gadis Ulang Tahun" kita ini dapat hadiah telefun bimbit samsung keluaran terbaru dari bapanya,abang Champin.Bertuahnya budak-budak zaman sekarang ini kan.Umur 13tahun dah dapat hadiah telefon bimbit yang canggih-canggih.RA dulu nak pasang telefon kat rumah pun arwah mak bagi hehe.

Malam itu juga di adakan tarian joget lambak dan dangdut,tengok lah Abang Mork dan Abang Champin,berjoget ligat hehe.(gurau je).Syok sangat bila sesekali keluar ramai-ramai meraikan majlis kan.

Tak dapat makan banyak,sebab sebelum ke sini dah makan malam dengan kawan RA jam 7malam tadi.Apapun balun je lah kentang goreng yang ada kat depan meja RA tu.Muka-muka yang ceria hadir pada malam itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget