Sunday, June 16, 2013

Kesedihan di Hari Bapa.

Arwahyarhamah Suhaila Bt Buang dalam kenangan.

Moga Rohnya di cucuri Rahmat 

1977 - 2013

 Hari ini RA kehilangan seorang lagi teman.Kali ini rakan sekelas RA.RA sedekah kan AlFatihah buat arwahyarhamah yang meninggalkan dua cahaya mata.Beliau menhembuskan nafasnya yang terakhir semalam di Hospital Sultanah Aminah kerana Demam Denggi Berdarah.Terkenang kenangan sewaktu bersekolah dan ketika bersama-sama ke majlis perkahwinan rakan.Bagi sesiapa yng mengenali beliau RA bagi pihak keluarga arwahyarham memohon agar di halalkan dan di maafkan segala kesalahan sewaktu beliau hidup.Kepada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.


 Memandangkan hari ini Hari Bapa,RA membawa ayah RA makan du luar.Kami makan berdua sahaja,mungkin juga adik beradik lain sibuk meraikan hari bapa masing masing di rumh mereka sendiri.Takpelah,bukan apa saja nak makan besar dengan ayah RA.Selalu pun makan kat luar jugak cuma kali ini nampaklah lain sikit la sebab hari Bapa kan.

 Menu makanan ini di sediakan oleh Restoran Sayam Taman Kenanga - Tampoi.

Set Makan malam untuk dua orang = RM50 (bukan RM45-seperti yang ditulis dalam menu)

- Siakap masak steam

- Telur Bungkus

-Sayar Kailan ikan masin

Sotong goreng tepung 

2 x Nasi putih 

2 x air jus buah-buahan.

- SELAMAT HARI BAPA -

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....