Wednesday, June 19, 2013

Johor Bahru di landa Jerebu

 Hari ini sudah masuk hari ke 3 Johor Bahru di landa Jerebu paling teruk dalam sejarah.Tengahari tadi sahaja tahap IPU di Johor Bahru sudah mencecah 150.Manakala kat Pasir Gudang paling teruk.

 Gambar ini di ambil pada pukul 615petang dari lebuhraya EDL menuju ke Bandaraya Johor Bahru.Selalunya RA dapat lihat serombong asap Sonoko dan Hotel The Zone tetapi petang tadi jelas tidak kelihatan lagi.Jarak sekitar 100meter je lah boleh nampak.Rasa dah macam kat Genting Highland pulak.

Tekak dan kerongkong RA ini pun asik nak gatal je.Batuk bukan main teruk lagi.Adohai,nampaknya sehari dua ini RA kena jumpa doktor lah.Giler tak jumpa,nak bawak kereta terhoyong hayang batuk berkohol-kohol.

Menjelang Margrib inilah gambar yang sempat RA dapat.Matahari pun leh jadi merah dan kurang jelas nampaknya.Teruk betul jerebu tahun ini.Kerajaan Indonesia senang lah bakar hutan sana-sini negara-negara jiran anda ini yang merana.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....