Wednesday, May 1, 2013

Ulang tahun dia lagi

Hamboi-hamboi sambut ulang tahun lagi sekali yea.Bukan malam semalam dah tiup kek ke? hehe.Gitulah budak-budak nak naik remaja ini.Mesti nak sambut ulang tahun khas untuk dia jugak.Jadi terpaksalah pagi-pagi 1May tadi teman RA Si Jack (nama panggilan ganas katernya) a.k.a Liana ibu kepada girl (panggillan manjer katernya) ke pasar Kip Mart untuk beli Ayam di kedai DD (juga bukan nama sebenar) dan juadah untuk di siapkan sempena meraikan anak dara kesayangannya.

 Gitulah gamat sambutan ulang tahun girl di rumahnya,ramai jugak jemputan-jemputan umah orang kawin yang datang bertandang petang tu sampai ke malam.Macam biasalah orang yang rumah jauh sampai dulu dari yang duduk rumah dekat.Santai-santai katernya.

Bila dah jumpa tu mula lah ahli mesyuarat tingkap membuka minit mesyuarat masing-masing kusyuk jadi RA pun sibuk la juga kusyuk melayan telefun bimbit RA.Mana taknya RA tiba jam 530petang,sampai kul 730malam tak balik-balik lagi hehe.Jadi hasilnya semasa nak balik sempat lah juga kami semua pekana "Gadis Ulangtahun" ini dengan bedak sejuk cap tebung gandum hehe.Hamik ko sejuk je muka kena kan...Pakai cantik-cantik akhirnya jadi kueh tepung gomak.

Pada hari itu beberapa anugerah telah bertukar tangan.

Mijot menang anugerah "Buffet Girl terbaik"

Suzana Sahat anugerah "Penyokong Futsal terbaik"

Liana-Jack "Tokeh Tembikai popular"

Ziela "Bibek popular"

Siti-Along "Mak Buyung Meletop"

Diel "Barbie popular" (2tahun berturut-turut)

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....