Saturday, May 11, 2013

Tahniah buat Dr Yunus

Tahniah buat Doktor Mohd Yunus Ishak di atas kejayaan menperolehi Ijazah

"Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam - PHD "

Mula-mula RA dan semua kenalan rapat Abang Mohd Yunus ingin mengucapkan tahniah di atas pencapaian terbaik anda memperolehi Ijazah Doktor Falsafah di majlis konvo UTM baru-baru ini.Kami semua berbangga di atas kejayaan anda.

 Masa majlis konvo aritu ramai kawan-kawan yang tidak dapat hadir meraikan bersama sebab ada yang kena menjalankan tugas,jadi malam semalam kami semua sepakat untuk meraikan kejayaannya di Restoran Malay Village cawangan Johor Bahru.Macam biasalah tiap kali ada mengeteh dan makan malam pasti ramai yang tidak dapat sampai mengikut waktu yang di tetapkan.Bila tiap kali telipon asik "one the way" ajer.Jadi dari tunggu yang lain-lain sampai baik RA dan nik sekeluarga pesan makanan dulu.Haa ini lah dia makanan-makanan kami pada malam itu.Kek Pavlova ini hasil air tangan cikgu sekolah iaitu Cik Puan Rovita kita.Cedapppppp!!!

Inilah dia nama antara senarai nama yang menerima ijazah pada majlis tempohhari.Nama kawan kitaorang pun ada kt situ tau.huhu.Gambar bawah tu pulak muka-muka ceria yang datang makan malam tersebut.Tetap ceria walaupun baru balik dari "berdating" dengan ibu mertua katernya.huhu.Malam itu juga anugerah penyampaian hadiah di serahkan oleh abang Mork kepada sahabat tercintanya.(sapa lagi abang Yunuslah)

 

Tu dia nak jugak mintak agar di siarkan gambar keknya yea..Kalau tidak nanti muncung tukang buat kek dan yang menerima kek ini akan panjang sedepa hehe...

Aktiviti bergambar beramai-ramai adalah kewajipan bagi kami semua untuk sesi memasukkan gambar ke dalam blog ini.Kalau tak masuk nanti muncung panjang sampai ke Selat Johor siap boleh sidai penyankut baju.heeee...

 Sesudah makan malam selesai kami semua terkonyong-konyong ke Suara OK untuk mengasah bakat dan suara untuk masuk pertandingan Kilauan Zamrud.Satu rancangan program TV "underground" yang hanya di tonton oleh diva-diva dan artis-artis remaja purba.Bila tengok si azie,nik dan ros duduk tersimpuh malu teringat dengan tiga diva nasyid popular youtube ini.Sama tapi tak serupa.Chome Kak Tonn

 Orang pakai baju kemeja bunga-bunga tu pulak kalau dah pegang mikropon memang jangan harap orang lain leh masuk campur.Si Akmal lak tetiba berdiri tegak dah kenapa? macam dengar lagu Negaraku jek hehe.Inilah dia bilik VIP milik Suara OK Karaoke yang baru.Boleh muat kira-kira 15-20orang ,tapi malam tu kami cuma ada 10orang je.Jadi banyak ruang yang kosong di gunakan oleh abang mork kita ini untuk bersandar baring ala sila panggung.Anak-anak kecik pun tak lepaskan peluang menyanyikan lagu J-Lo ok...korang hado? huhu

Letih menyanyi hingga jam 1pagi,barulah kami semua balik kerumah masing-masing.Yang tidak turut sama berkaraoke tu memang kena balik awal lah sebab esoknya nak bangun pagi katernya.Apapun tahniah yea Abang a.k.a Dr Mohd Yunus Ishak atas kejayaan kamu...Majulah sukan untuk negara(tetiba)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget