Monday, May 13, 2013

Malang memang Tidak Berbau

 Betul orang tua-tua cakap,malang memang tidak berbau.Tapi macammana pun RA tetap bersyukur sebab RA sedar awal sebelum ianya menjadi bertambah buruk.Hasilnya lihatlah jari jemari RA ini yang sekarang mengelupas bengkak-bengkak akibat terkena pancutan air radiator kereta.

 Kejadian berlaku petang semalam yang mana kononnya berhajat nak minum petang goreng pisang di Stuland Laut.Bila tiba di hadapan komplek Stulang Laut RA menunggu Azie dan Olie untuk tiba di dalam kereta.Masa tu dengar juga macam bunyi air mengelegak kat depan kereta RA tapi tak terpikir pun yang tangki tambahan air radiator RA tu dah mulai kering.Nasib baik ada seorang pemandu kereta yang memberitahu RA yang tangki radiator RA mengeluarkan kuning.Jadi terus bukak bonet hadapan kereta dan dengar air tengah mengelegak dalam tangki pastik sebelah radiator.Bila RA cuba bukak ,abis lah tersembur air dan gas dalam getah ke tangan dan sedikit terkena di badan.Perrghhh sikit lah punya panas air dia.Nasib baik tak terkena kat muka RA.

Bila tangan dah mula pedih mulalah mencari ubat gigi untuk di sapu ke jari sebab dah tak tahan pedihnya.Datang Olie yang cuba tolong RA tengokkan tangki kereta sebab RA dah tak larat tangan pedih giler.Tengok tu tangan dah putih sebab di sapu ubat gigi.

 Bila Kak Rovita pulak sampai kami pun tenteramkan diri dan sejukkan enjin kereta dulu.Lepas tu gie makan "Nasi Goreng Seafood" di restoran Po-po belakang komplek Stulang tu.(tak jadi nak makan goreng Pisang).Kira makan malam teruslah.Sakit-sakit tangan pun masih berselera nafsu nak makan kan? hehehe Biasalah.Nasib baik ada jual minyak gamat kat kedai berhampiran tu pun Kak Rovita yang cakap letak minyak tu untuk elakkan tangan lagi terukTerima kasih yea kak Rovita dan anaknya Clady yang tolong ke kedai belikan abang RA minyak tu.

 Macam mana pun RA tetap bersyukur sebab menyedari kebocoran itu lebih awal.Kalau lah kejadian tu berlaku di Singapura tempuh hari,habis lah RA tak tahu nak buat macammana.Terima Kasih jugak pada Olie yang membantu tengok-tengokkan kereta RA ari tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget