Tuesday, May 28, 2013

Jambu nyaaa.....

Ini cerita pasal jambu batu daa...Malam semalam rakan RA yang baru balik Ipoh bukak meja nak belanja kitaorang makan jambu katernya.RA nie memang kureng sikit makan jambu,sebab malas nak mengopek.Tapi malam semalam tu kawan RA datang bawak 2bungkus jambu batu dan sebungkus jambu air ke Restoran Habib Tampoi Utama siap kopekkan lagi buah tu tau.

 Nah amik kau,siap dia bawak pisau dan potongkan sekali untuk kitaorang.Apa lagi lepas makan malam kami semua sambung makan jambu batu dan air di cecah pulak dengan serbuk asam dan petis udang.Perhh rupanya kalau makan jambu batu cecah dengan petis udang ini memang terangkat beb.Ini lah pertama kali RA makan Jambu cecah petis udang , sebab selalu makan dengan serbuk asam tu je.Sedar tak sedar abis satu bekas tu kami semua melantak ramai-ramai.

 Terpaksa lah Abang Yunus tokeh jambu yang jambu ini potong lagi sekali untuk kali kedua.Sedar tak sedar perut dah kenyang giler.

Tengok tu sambil dia memotong jambu sempat lagi dia pandang kamera.Nak masuk blog katernya.huhu.Petis rojak tu pun dah tinggal suku je lagi nak habis.

Amboi bersandar kenyang yea Tuan Mat Shah.Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget