Tuesday, April 30, 2013

Villa Warisan JA Ulang tahunnya

Cantik kan tempat nie.Inilah dia Villa Warisan J.A yang terletak bersebelahan dengan sekolah St John dan selang 200meter dari rumah Menteri Besar Johor.Villa ini berkonsep seni warisan Melayu & sememangnya penuh dengan ukiran-ukiran kayu.Ia di jadikan inap desa atau lebih di kenali sebagai Homestay.Ada terdapat 8bilik suite,1bilik utama,1 chalet bujang dan 2 chalet kelamin.

Sebenarnya malam tadi RA berkesempatan kesini atas jemputan seorang teman sekolah RA iaitu Eddie Saori yang meraikan majlis ulang tahun kelahiran isteri dan juga ulang tahunnya sekali.Kami makan ala buffet di sini bermenukan masakan Melayu traditional iaitu Nasi putih,Udang masak merah,Rendang Ayam,Isi ikan, Ikan kering sambal belacan dan pelbagai menu lain termasuk rojak dan kueh muih traditional.Terasa seperti di istana zaman silam pulak.Ramai jugak yang datang malam tadi.ada JJ,Lydiana,Faizal,Hamsiah,Diel-Mamak,Ude Kiron,Mijot,Juriah,Salina ,Aween,Ny ,Ziela (marah ko nama dia tak di sebut) dan kenalan terdekat eddie dan isterinya.(yang tak di sebutkan nama jangan marah ha)

Acara makan di mulakan pada jam 830 malam kemudian di sertakan dengan acara potong kek dan kemudian penyampaian hadiah kejutan dari isteri tercinta kepada Eddie yang berupa sebentuk cincin bertahtakan permata.Permata apa tak tau lah pulak RA sebab RA kurang arif sikit.

 

RA makan pun ala kadar je sebab sebelum ke majlis ini RA kan ada majlis penutup di Clark Hatch di Danga Bay.Penuh dengan makanan perut RA malam ini.Jadi selepas kenyang RA membuat tinjuan di sekitar villa.Dari tingkat satu ruang tamu,dapur hinggalah ke tingkat 2 kemudian ke kamar tidur.Kalau nak tahu harga sebilik di sini berharga RM250 semalam.

Ini adalah ruang dapur yang mengunakan kayu jati.Hampir kesemua ruang dalam rumah ini mengunakan kayu.

 

Dan ini pulak antara gambar-gambar yang sempat RA tangkap mengunakan kamera Cik Puan Aween,sebab kamera Ra tertinggal kat rumah lah.

Dalam banyak-banyak ruang,RA tertarik dengan ruang bilir airnya yang mengadap Bandaraya Johor Bahru bersama tap mandinya yang begitu romantik.

 

Ini pulak antara kamar tidur dan ruang tamu yang sempat RA rakamkan di dalam kamera untuk tatapan pembaca blog RA.Cantik kan??

Segulung terima kasih buat Eddie Saori dan isterinya yang menjemput kami semua datang makan malam di sini menraikan ulang tahun kelahiran mereka.Moga di panjangkan umur dan jodoh,di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....