Sunday, April 21, 2013

Kambing Kuzi di majlis kenduri

 Nampak macam nak bakar sesuatu je? haa sebenarnya RA pun tak perasan yang malam semalam ada majlis kenduri di rumah Abang Zul.Nasib baiklah si Jali telefun suruh RA amik dia dan bawa sekali pulut kuning yang dah ditempah.Kalau tidak mestilah masam muka abang Zul dan isterinya nanti..

Selain majlis kenduri doa arwah dan selamat di adakan juga majlis ulang tahun abang Zul.Ermm patut lah nak sangat buat pulut kuning sekali.Mungkin dah rezeki RA datang sini malam semalam,sebab kami di jamukan dengan daging salai kambing kuzi.Tengoklah persiapan nak membakarnya.

 

Penyataan cahaya kurang memuaskan yea sebab RA segan nak amik gambar ini depan-depan maklumlah ramai orang yang datang malam tu. Menyelerakan betullah daging kambing ini.

Kalau nak tahu malam tu RA,Jali dan Dean makan sampai 3pinggan daging kambing ini.So Dean lagi lah siap sedut tulang sum sum kambing lagi.Malam yang betul-betul mengenyangkan.Terima kasih tuan rumah atas jemputan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget