Wednesday, April 17, 2013

Gendang Perut di 7Spice

 Menghitung hari-hari terakhir sebelum Clark Hatch Danga Bay di tutup kami semua singgah lah ke Restoran 7Spice yang bersebelahan untuk menjamu selera selepas berhempas pulas tonggang terbalik memerah peluh- keringat di kelas "Zumba" dan "Spinning".Ini semua hasil buah fikiran Kak Rovita yang katernya lain kali dah susah nak singgah makan kat sini lagi selepas Clark Hatch bersebelah di tutup.Maka terkonyong-konyong lah kami semua beratur berpusu-pusu masuk di sini.

Memandangkan semua nak jaga makan,jadi makanan yang di pilih semuanya tidak berasaskan beras dan nasi.Yang di atas ini namanya Nan Afgan,di salut dan di adun bersama kacang dal,bawang merah dan jintan.Manakala yang di bawah ini pulak Nan Tomato yang di salutkan dengan tomato puri (agaknya)

Ini pulak makanan yang dipilih oleh tukang cadang kita Kak Rovita.Roti Nan kosong berserta Kari Sotong Masala dan ayam tandori.Yang di sebelah sotong masala itu ialah pilihan Habang Mork (yang katanya nak jaga badan sangat) iaitu Kambing Masala - sedikit pedas yea.

 Oh yea,Ayam tandori ini juga di pilih oleh Fuad dan Nik untuk di makan bersama nan kosong.

Beralih pula pada makanan yang di pilih oleh Habang Yunus kalau tak silap ini namanya Ayam Masala bukan ayam yang bermasaalah yea.Sampai menjilat jari dia makan.

 Yang sibuk nak bergambar ini ialah ahli Facebook yang Tegar.Dari dalam Clark Hatch sampai kat restoran tak habis-habis bergambar.Yang bertopi tu bersenam tak sampai 30minit pun yea...hehe

 Audit dalaman untuk malam itu telah di semak dan di kaji oleh RA sendiri sebagai juri audit dalaman.Kesemua jumlah makanan yang di makan kami berharga RM157.Ada yang kena bayar RM10,RM19.50,RM32 dan macam-macam lagi ikut apa yang diaorang makan tadi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget