Thursday, April 4, 2013

Antara Hujan dan Demam

 Balik je dari Melaka badan RA dan yang lain-lain semuanya tak sihat.Mungkin juga dengan keadaan cuaca yang tidak menentu semasa di A Farmosa Resort..Haaa gambar ini di ambil petang tadi masa RA nak pulang ke rumah.Hujan lebat petang tu menyebabkan jalan pandan dari kedua-dua arah sesak teruk.Air dari sungai yang berhampiran melimpah hingga ke tengah jalan.Bagi kenderaan yang datang dari arah Johor Bahru kenderaan langsung tidak boleh melalui jalan ini sebab ketinggian air akan menyebabkan kenderaan tenggelam.

Dan ini pulak bilangan ubat antibiotik yang terpaksa RA telan untuk mengurangkan demam RA yang suhunya mencecah 39C.Cukup panas,mana taknya lepas balik dari A Farmosa pergi dok makan Coconat Shake lepas tu ikan bakar,esoknya minum cendol lagi.Mana tak badan tu makin panas.huhu.Sampai tekak pun jadi pahit sebab asik telan ubat je.Nasib baik lah Wak Mee Rebus malam tu lalu depan rumah RA menjual mee rebusnya yang sedap nie.Terbukalah sikit selera RA nak makan.Kalau tidak mau kelaparan hujan-hujan.Tak mahal mee rebus sepinggan cuma berharga RM2.50 sahaja.Yok Makan Yok....



No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....