Sunday, March 31, 2013

Majlis Nostalgia Bekas Pelajar SMPT 90-94

Akhirnya malam yang di tunggu-tunggu telah pun tiba.Setelah hambir sebulan RA membuat tempahan penginapan dan bilik makan persendirian bersama AJK-AJK yang terlibat akhirnya membuahkan hasil yang mengujakan.Bertempat di A Farmosa Resort Melaka,majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar SMPT tahun 1990-1994 akhirnya berjaya di adakan.Kami semua bertolak dari Johor Bahru sekitar jam 10pagi dan tiba di sini jam 130petang.Inilah tempat penginapan kami.Kesemuanya 4Unit Kondotel 3bilik dan 1Unit Kondotel 2bilik.(14bilik kesemuanya).Walaupun sudah 18 tahun meninggal sekolah,majlis perjumpaan ini adalah majlis kali ke 3 kami.Itu pun susah nak kumpulkan kesemuanya kerana komitmen masing-masing dengan kerja dan keluarga.

Seawal jam 2petang lagi AJK-AJK telah bertungkus lumus memasukkan hadiah ke dalam bag cenderahati yang akan di berikan kepada rakan-rakan yang hadir untuk makan malam nanti.

Gigih yea Mak-Mak dara dan anak-anak dara membantu mempercepatkan proses pembungkusan tersebut.Hadiah cabutan bertuah juga tidak lepas dari pandangan AJK.Maklumlah hadiah utama TV 39Inci LED Samsung sumbangan bersama Edy dan JJ.

TEMA MAKAN MAKAN IALAH BIRU

 

Aturcara majlis yang telah pun siap di susun.Alamak....RA kena baca doalah pulak.....

Ini dia meja pendaftaran merangkap meja mencabut nombor cabutan bertuah.Bertuah atau tidak hanya akan di ketahui di penghujung majlis nanti.hehehe.Bergambar sambil menunggu kehadiran penyambut tetamu di meja pendaftaran jap.Mak Dara si Jack yang patutnya datang awal untuk tugasan ini tiba lewat sedikit sebab nak tacap-tacap di bilik persalinan yea.

 

Kain rentang dari pihak kami telah pun di siap di gantung bersebelahan dengan meja hadiah.

Meja makan semuanya dah tersedia di susun dan menunggu kehadiran para tetamu sahaja.Bila masuk dalam bilik ini dan lihat semuanya berada di dalam keadaan yang di inginkan baru lah puas hati RA dan AJK-AJK yang lain.

 

Macam yang RA tulis tadi.RA di suruh untuk membaca doa pembukaan majlis ini.Terpaksalah korek mana-mana doa yang RA jumpa di internet di campurkan dengan doa selepas sembahyang yang RA baca.Kalau tidak mahu kayu RA kat depan tu.Haa yang kat sebelah RA tu juru acara majlis yang mewakili kami pada malam tersebut iaitu cik puan Diel a.k.a Barbie.Patutlah Mamak sayang kat Barbie dia nie...hehe.

Pengerusi iaitu Joe a.k.a Joe Kejutan (hehe gurau je Joe) hadir memberi ucapan alu-aluan merangkap merasmikan majlis kami pada malam itu.

Perut dah lapar....Apa lagi makan lah.Sedap-sedap makanan malam tu.Ada Rojak,Kerabu Mangga,sayur goreng bersama cendawan.

 

Haa yang ini pilihan utama RA iaitu Sotong sambal Petai.Perrghh sedap oooo.Banyak pulak tu,memang puas makan.

Sup makanan laut ala SzeChuan , Nasi Goreng Kampung,Ayam Masak Merah

Redang kambing,Jejari Ikan masak masam manis,Daging masak Paprik

Dengan pemanis mulut kueh ondeh-ondeh,Tat buah,Puding lagi.Memang kekenyangan kami malam tu

Sesi bergambar ala karpet merah di Academy Globe dan bersuai mesra bersama rakan-rakan lama menjadi pilihan semua sebelum cabutan bertuah pertama di panggil.

Tu lah orang cakap jangan masuk awal kan di panggil no cabutan bertuah pun awal.Inilah dia antara muka-muka awal yang dapat hadiah cabutan bertuah yang sangat-sangat bertuah hikhik.

Ini lak acara permainan untuk untuk pasangan.Letak surat khabar kat lantai lepaskan dengan saiz yang akan di kecilkan pasangan di kehendaki memijakkan kaki ke dalam ruang surat khabar tersebut tanpa boleh keluar.Yang keluar di anggap kalah. 

 

Dokong pun dokonglah janji kaki tak terkeluar dari surat khabar tu yea.Nie si JJ dengan di Dee Kiron macam dah biasa buat jer hikhik.

 Kanak-kanak pun ada permainannya.Sesi tiup belon sampai pecah paling di gemari diaorang.

Haa tengoklah ini gaya jalan seorang YB...

Malam tu jugak kami meraikan sambutan ulang tahun bagi mereka yang lahir pada bulan Mac.Kami beli 2kek dan Chef Huzaimi kita pulak membawa keknya sendiri yang di bawa dari Singapura ke sini.Jadi ada 4Kek lah kesemuanya untuk kami potong malam itu.Meriah makan kek pulak dah.

 

Ala-aala manja-manja pulak dia kena suap.

Inilah dia muka-muka "Birthday Boy dan Girl" pada malam itu.

Pak Din pun ada gak? sambut ulang tahun perkahwinan katernya....Bagus lah sambut bersama anak-anak sekali.Tapi baju anak-anak tak ikut tema biru ya...

Kini giliran mak-mak budak pulak nak melaram depan kamera.Habis pentas utama tu diaorang jadikan tempat "catwalk" ala-ala model Victoria Secret.Tak sempat kat pentas diaorang sambung kat meja makan pulak.hehehe..Ala bukan selalu kan.

Si Hatta pun nak tompang menyelit jugak

Akhir sekali acara potong kek dari semua AJK memotong kek yang di berikan oleh Huzaimi.Terbongkok-bongkok si Joe nak masuk dalam gambar nie.hehe

Barisan golongan Hawa (cantik ayat) yang datang pada malam tersebut tidak mahu ketinggalan bergambar.Maaf penyataan cahaya di sini kurang menyerlah.(tokeh kamera cantik sampai ari nie tak serahkan gambar).Tapi dalam ramai-ramai tu sapa yang fizikal nya sama je sejak sekolah dulu? cer teka.

Ini pulak barisan golongan Adam yang hadir pada malam tersebut.Ada yang dulu kat sekolah macam lidi sekarang dah macam batang pokok Biobob (pokok ini belajar masa kelas Geografi).Tak kurang juga yang jenis makan banyak macamana pun badan dia tetap macam tu je.(mesti ada bela anto raya nie..)opsss haha gurau je.

 

Ini dia tokeh merangkap pengerusi yang selalu menghilang.Muncul akhir-akhir nak buat kejutan je katernya.Memang nak kena belasah dengan ajk semua.

Yang ini pulak sesi ambik gambar aksi bebas.Maklumlah makan dah banyak perut pun dah kedepan.Jadi utk mengelakkan penampakkan tu terpaksalah buat aksi sendiri untuk mengurangkan keketaraan itu hehehehe.

Ini lah sebahagian besar keluarga bekas pelajar SMPT Tahun 1990 - 1994 yang hadir pada malam tersebut.

Ada yang masa sekolah dulunya nakal dan terejal tapi berkat kerja keras dan usaha semuanya berjaya menjadi anak,bapa dan ibu mithali.

InsyaAllah jika ada kelapangan lagi kita akan buat acara ini acara tahunan,ini kerana walaupun sudah 18tahun meninggalkan sekolah kita dapat berkumpul macam ini baru 3kali.Kesian kan? Moga ikatan silaturahim antara kita semua tidak akan putus yea.

Bagi bekas-bekas cikgu yang mengajar kami dahulu,bekas-bekas pelajar SMPT 1990-1994 jika ada kelapangan,tambahlah kami di facebook : SEKOLAH MENENGAH PERUMAHAN TAMPOI

Tak pun tambah saja di FaceBook saya nanti jumpa la kawan-kawan yang lain.

Daaaaaaaaaaaaa........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget