Saturday, March 16, 2013

Kenduri Yasin dan Tahlil

Tadi sempat RA menghadiri majlis kenduri baca yasin dan doa selamat di salah sebuah rumah rakan RA yang meninggal dunia akhir tahun lepas.Diam tak diam dah 100hari dah arwah meninggal dunia.Cepatnya masa berlalu.Bertempat di Plentong majlis bermula selepas Isyak dan kehadiran orang masjid tiba tepat jam 9malam.

Syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.Bacaan yasin dan tahlil selamat di baca dan majlis di akhiri dengan jamuan makan yang di sediakan.

Kueh muih seperti karipap,kueh kuoci dan lengkong di tambah dengan lauk pauk yang di masak oleh tukang masak kantin iaitu rakan kami iaitu kari daging,ayam masak merah dan sayur capchai.Memang menyelerakan.Pandai kau masak Man.

Majlis bersurai jam 1030malam.dan kami semua terhibur dengan keletah anak angkat arwah iaitu anak jiran sebelah rumahnya yang comel ini.Kecik-kecik dah pandai cakap "ate atu tetah (ada aku kisah)" haha..Lawak-lawak.Jam 11malam aku pun bergerak pulang ke rumah.Letih dah sangat esok nak bangun pagi ada urusan membungkus hadiah di rumah Lily-Jack....Daaa...Selamat malam semua

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget