Monday, March 11, 2013

JJNM : Restoran KangKong Steamboat

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN

RESTORAN KANGKONG STEAMBOAT NUSA BISTARI

 
Haa macam yang RA cakap tadi,selepas sahaja tayangan The Oz tadi kami sebenarnya merancang nak makan kat Restoran Habib (mamak) je.Tapi bila lalu kat depan Restoran KangKong dia cakap masih bukak lagi.Jadi kami melantak lah makan di sini.Harga Buffet Steamboatnya ialah :
DEWASA : RM 20.00
KANAK - KANAK : RM 11.00

 

Ini antara menu-menu yang sempat RA rakamkan.Maklum lah jam dah pukul 1130malam bila kami masuk ke kedai ini.Mata pun dah naik mengantuk tapi ku gagahi jugak setelah melihat makanan-makanan ini hehehe

RA memang pantang nampak sotong.Jadi malam tadi RA bedal lah banyak-banyak sotong.Ada sotong yang sudah di sapukan dengan kari dan sos BBQ.Tinggal goreng ke kat kuali steamboat ini.Yang lain RA ambil Yong Taufu dan rebuskan di dalam kuah sup.Fuad dan Nik pulak lebih selesa masukkan ke dalam kuah tomyam.

Ya rabbi terasa kerancinya (ayat yang selalu di gunakan) sayur-sayuran yang di rebus di kuah sup dan keenakkan Sotong dan daging BBQ ini.Malam semalam memang puas makan sotong lah.Inilah kali pertama RA makan berat selepas jam 10malam.Memang leh tersadar kat kerusi kekenyangan.1250pagi baru kami semua bertolak pulang ke rumah.Sampai rumah RA tak boleh tidur sebab kekeyangan yang teramat sangat.

Terima Kasih Abang Mat kerana sudi membelanja kami makan di sini.Lokasinya di deretan rumah kedai Jalan Bestari 1/2.Kedai Melayu Cina Muslim

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....