Sunday, March 17, 2013

Goyang kaki dan berurusan di Singapura

Jam 2petang RA dah terkejar-kejar ke Bandaraya Johor Bahru pulak.Sebab ada urusan yang hendak di buat di Singapura.Ujan lebat pulak tu,jadi selepas mengambil si Jali kami terus ke JB Sentral dan meletak kereta di sana.Dari sana RA menaiki bas Ekspress Citylink untuk ke Queen Street.RA tiba seperti yang di rancang.Jam 350petang En Zul dan Rizal dan bersedia menanti RA dan Jali di perhentian Queen Street dengan tersengeh-sengah.RA bertukar dengan menaiki kereta pula ke Marina Bay Sand.Di sini En Zul terpaksa turun dan menyelesaikan urusan daftar keluar untuk pelancong.RA,Jali dan Rizal pulak terus ke Lapangan Terbang Changi.Sambil menunggu En Zul selesai berurusan di Hotel dan kaunter tiket,kami pusing-pusing melihat Terminal 3 dan Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

 Ok urusan dah selesai jadi En Zul ingin memperkenalkan kami dengan salah satu tempat menarik yang kurang di lawati oleh pelancong luar.Salah satunya ialah di Changi Point bersebelahan dengan Changi Village.Kat sini ada pantai yang RA rasa tak sesuai untuk bermandi manda kerana airnya kotor.

Pemandangan kat sini memang boleh tahan,sambil-sambil tu dapat lah melihat kapal terbang turun dan kapal-kapal lalu dari tempat ini.

 Lokasi seterusnya ialah di Marina Barage.Tempat ini baru sahaja siap dan masih ada beberapa bangunan yang tidak siap sepenuhnya.Tempat ini juga jarang di kunjungi oleh pelancong luar sebab bas tidak di benarkan masuk ke sini sebab belum siap sepenuhnya.

 Dari sini kita dapat melihat Marina Bay Sand dari arah laut.

 Pada waktu malam pemandangan dari sini memang mengasyikkan.Garden By The Bay,Marina Bay Sand,dan kotaraya Metropolitan Singapura dapat di lihat dengan jelas

 Kalau yang ini semua taulah.Yang ini RA amik gambarnya dari hadapan Bangunan Standard Chartered Bank.Masa ini ada pertunjukkan lazer dan pancutan air berirama yang bermula jam 8malam.

Lampu lazer di pancarkan terus dari atas hotel Marina Bay Sand.

Ok perut pun dah lapar,RA memilih untuk makan malam di Restoran Kampung Glam Cafe.Restoran milik seorang Cina Mualaf di Jalan Bussaroh.Sikit lah punya ramai orang.Tapi air Katirah dan Nasi Sambal Jawa kat sini memang terbaik lah.Hasrat Abang Zul nak makan Nasi Rawon tak ke sampaian sebab lauknya dah habis.Lawatan di akhiri dengan menyelunsuri jalan di East Coast sebelum pulang ke Johor Bahru.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....