Monday, March 18, 2013

Dari Todak ke Para-Para

  Memandangkan hari ini RA tak bekerja sebab menghabiskan cuti tahunan,RA bangun pagi terus ke rumah Jack mengambil pasu untuk di bawa ke A Farmosa nanti.Lepas je selesai,RA tak ada benda yang nak buat jadi terus menuju ke Gim.Nanti malam dah leh rehat dan boleh buat perkara lain.Jam 3petang baru RA selesai dan terus balik kat rumah.Errm bila dah nampak tilam mata terus nak lelap.Sedar-sedar Abang Zul dan Jali telefun RA suruh bersiap jam 730malam ke rumah Man.Dari rumah Man,kami semua menuju ke Rostoran Todak untuk makan malam.Perghh hari Isnin pun ramai jugak orang di sini.

Di sebabkan waktu bekerja,keadaan lalu lintas untuk ke Restoran ini sesak.Jam 830malam baru kami tiba.Seronok bukan main si Rizal dan Abang Zul sebab inilah kali pertama mereka ke sini.Pesanan makanan pun di amik.Ikan Kerapu masam manis,lala stim,Udang masak Kari,Roti Bun Goreng & Sotong Goreng Tepung bersamaan 6orang makan jumlahnya RM166.00 sahaja.Murah kan?.Memandangkan bajet makan kami malam tu tak sampai pun RM300,maka Abang Zul dengan bermurah hati mempelawa kami mengeteh di Paragon Hotel pulak.Syaratnya sekeping kek + 1air jus atau teh/kopi. 

 

Haaa apa lagi melonjak lah di Man,Jali dan Mie kat belakang kereta kitaorang.Ala orang tengah murah rezeki nak belanja kan.Sampai sahaja di Paragon Hotel kami ke Kafe Para-Para.

  RA memesan Strawberry Milk Shake dan kek RA kongsi dengan Man sebab RA kureng sikit makan kek ini.Ini pulak Banana Split yang di pesan oleh abang Zul.Sedap tapi nampak terlalu banyak pulak.Tak larat kalau RA amik sama macam ini.

 Jam 1130malam RA meminta izin untuk pulang ke rumah sebab kami masing-masing dah penat.Esok nak pergi menoreh lagi....Jadi Selamat Malam semua.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget