Saturday, March 23, 2013

Berulang tahun di Restoran Sri Bayu

Hari ini memang hari berehat untuk RA.Tapi malam nanti RA kena pulak menghadiri majlis Harijadi anak kawan lama RA iaitu Abang Tamin.Bertempat di Restoran Sri Bayu Larkin Perdana RA tiba tepat pada masa doa selamat di adakan.Selesai sahaja doa di baca,maka kek pun di potong oleh anak dara abang Tamin.

 Besar dah dua orang anak dara abang Tamin ini.Terakhir RA jumpa rasanya 7tahun lepas masa datang berhari raya di rumahnya.Masa tu dua orang ini masih di tingkatan 1kot kalau tak silap.Pejam celik tak sangka masa berlalu begitu pantas.Cantik anak dara abang Tamin putih macam cina (memang ada darah cina pun sebelah ibunya).Muka pun dah macam Tizz Zakiah.hehe.Comel.Yang sambut ulang tahunnya yang pakai tudung hitam tu.Tudung hujau tu adiknya dan abang Tamin bersama bekas isterinya.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....