Sunday, March 17, 2013

Berkampung Bungkus Hadiah

Tetiba nampak ayam berlonggok-longgok kan? Haa tanya lah RA kenapa? Sebenarnya pagi tadi RA ada majlis sampul-sampul hadiah kat rumah pasangan Jack & Boy (bukan nama sebenar,dan mereka bukan pasangan songsang.Nama je Jack tetapi dia wanita kental-orang cakap "Iron Lady").Sepatutnya kena datang petang sambil-sambil makan bungkus hadiah,tapi di sebabkan semalam RA dapat panggilan kena masuk ke Singapura untuk urusan dalaman jadi kenalah RA datang awal sikit.Seawal jam 1030pagi RA dah tercongok kat gerai ayam di Eddy Saori kat Kip Mart ini.Ayam Muda sekilo RM5.80.(muda belia katernya).Jam 11pagi lak RA dah tercongok depan pintu umah Jack.Nak tolong dia masak katanya.Mana lah RA tahu masak sangat.Main campak-campak tau lah.huhu.Jadi RA masak lah jugak Ayam Rosmerry yang main campak-campak tu.Tuan rumah banyak jugak yang dia masak.Dengan Kari Ayam,Udang masak sambal,Sambal kacang tempe,Ikan goreng lagi perghhh dah macam nak buat kenduri menyambut menantu.

Sempat lah jugak RA tonton filem Zaiton-Kisah hidupku kat umah diaorang ini.Anak-anak diaorang pulak dok sibuk main video games.Biasa lah budak-budak zaman sekarang kan.Jam 2petang RA terpaksa meminta izin untuk bergerak ke Johor Bahru untuk masuk ke Singapura.Hujan pulak mencurah-curah turun petang tu.Sempat jugak RA makan tengahari sebelum balik tadi.(2pinggan menambah ok)

 AJK-AJK yang lain tiba sejurus RA balik.Jadi tak sempat lah RA bertemu dan bungkus hadiah bersama-sama mereka ini.Hasilnya inilah dia tranformasi hadiah-hadiah yang bakal di terima oleh rakan-rakan sekolah lama RA nanti.Ini pulak Banner yang di reka khas oleh Diel untuk menghiasi perjumpaan rakan sekolah kami pada 31Mac nanti.Bahangnya semakin terasa....

Kesian AJK-AJK yang bertungkus lumus menyiapkan hadiah dan aturcara untuk majlis makan malam kami nanti.Dari pagi sampai ke malam berkampung.Buat Jack,Boy,Jue,Eddie,Noi,Along,Diel dan mereka-mereka yang menyokong dan tak kurang yang bermurah hati memberikan hadiah untuk cabutan bertuah pada majlis ini,di ucapkan terima kasih.Moga semuanya berjalan dengan lancar.Jumpa nanti di A-Farmosa Resort 31Mac2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget