Thursday, March 21, 2013

Ber Retro dengan Some Kind Of Wondeful

VCD PILIHAN : SOME KIND OF WONDERFUL

 Malam ini RA nak ber "Retro" di rumah dengan menonton filem kegemaran RA keluaran 1987 iaitu Some Kind Of Wonderful.Cerita ini walaupun RA dah berpuluh-puluh kali tonton,tetap tidak membosankan.Nak-nak bila tengok muka comel Watt lakonan Mary Stuart Masterson.Bila RA tenung lama-lama muka Mary ini ada iras pelakon kanak-kanak filem AI-Artificial Intelligence iaitu Haley Joel Osment.Tak caya boleh tengok gambar kat bawah ini.

 Oklah berbalik pada VCD cerita ini.Ia mengesahkan Watts yang berperwatakan tomboy secara diam menyintai rakan baik satu sekolahnya iaitu Keith.Keith pulak dalam diam-diam menyintai seorang gadis paling cantik dan popular di sekolahnya,Amanda Jones yang sudah pun mempunyai teman lelaki yang kaya raya.Sebaik sahaja Amanda berpisah dengan teman lelakinya yang kaya itu Keith cuba mengurat Amanda.Ini membuatkan Watts makan hati.Watts cuba memberitahu Keith yang Amanda tidak sesuai dengannya kerana hanya mengejar lelaki-lelaki kaya tetapi Keith tetap dengan pendiriannya untuk mengurat Amanda.

Babak Watts mengajar Keith untuk bercium memang terbaik.Keith akan keluar "berdating" dengan Amanda tetapi dia tidak tahu apa yang harus di buat,lalu Watts mengajar cara-cara bercium kepada Keith yang merupakan ciuman pertama mereka.Kalau nak tahu dapat ke tidak Watts merebut Keith dari Amanda kenalah tengok cerita ini.Ala kat YouTube pun ada...leh tengok cuma kalau tengok di VCD atau DVD "feelnya" lebih baiklah.Nak nak bila di hidangkan dengan Kopi.hehe.

Pertama kali RA tonton filem ini masa RA berumur 12tahun.Masa tu RA tonton di saluran CHL5 Singapura.(maaf yea hanya orang-orang di Johor Bahru sahaja yang boleh tengok siaran Singapura).

Oklah RA nak tonton dulu filem ini....Selamat Malam.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....