Sunday, March 3, 2013

Antara Kopi Putih dan Biji Kacang Ajaib

 Kat Bukit Indah pulak kita tetiba yea.Tadi tengahari ceritanya RA nak tengok wayang (wayang lagi) cerita "Jack The Gaints Slayer" kat sini,jadi sebelum tayangan di mulakan RA lepak lah makan tengahari di Restoran Old Town White Coffee di sini.

 Bersama Fuad dan Nik RA makan nasi putih ayam masak merah.Banyak juga menu yang ada kat sini.Antara menu terbarunya ialah "Old Town Ice Kacang" yang berharga kurang 10sen dah RM4.00.Sedap sebab mengunakan gula Melaka.

Haa inilah dia makanan yang RA cakapkan tadi,Nasi + Ayam masak merah dengan telur mata.Perut pun dah lapar jadi RA makan dulu yea.Anda semua tengok je la yea.

Bila perut dah kenyang barulah boleh tengok wayang.Cerita ini memang penuh dengan fantasi sebab ia di adabtasikan dari cerita dongeng kanak-kanak Jack dengan pokok Kacang.Cuma jalan ceritanya di ubah suai sedikit untuk menjadikan ia lebih menarik.

Jack seorang anak petani telah menjumpa biji benih pokok kacang yang sangat ajab.Tetapi dengan secara tidak sengaja sebiji benih pokok kacang ini terkena air dan menyebabkan ia tumbuh tinggi kelangit.Puteri raja yang selalu keluar dari istana telah terperangap dan di tawan oleh gergasi-gergasi yang tinggal di atas langit.Manakala tunangan puteri pulak mempunyai niat jahat untuk memperhambakan gergasi-gergasi ini dengan mengunakan mahkota ajaib bagi menakluk negara lain.Dapatkan Jack menyelamatkan puteri impiannya dan menewaskan gergasi-gergasi ini? Pergi lah tengok...memang menjanjikan hehehe


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget