Tuesday, February 5, 2013

Mengeteh di Kala Hujan

 Wah cuaca malam ini di jangkakan hujan sekejap-sekejap dengan suhu pada 25darjah celsius.Tengok tu jalan semua basah di limpahi hujan rahmat.Pasal ramalan cuaca ini jugaklah orang tu merajukkan...huhu

 Hujan-hujan macam ini pekena teh dan kopi kat kedai mamak memang terangkat.Jadi selepas sahaja mengasah peluh di gim kami semua singgah ke Restoran Habib Tampoi Utama untuk menikmati segelas kopi dan teh.(segelas katernya).Olie tesenyum lebar sebab malam itu dia mendapat hadiah ulang tahun kelahirannya dari Nik dan Fuad.Selimut Liverpool yea.

 Di majlis penyampaian hadiah itu Nik dan Fuad telah menjemput artis undangan untuk menyampaikan sama-sama hadiah tersebut.(dipersilakan naik kepentas) Biasalah muka dia pun nak masuk jugak kali ini sebab dah banyak kali keluaran,dia asik lepas & tertinggal.

 Kira malam ini kita bagi liputan meluas pada dia.(ala-ala penyampaian hadiah anugerah Golden Globe).Takdelah aci-aci bukak pintu lagi

Macam biasalah kalau dah sampai sini tak tekan telefon bimbit tengok pesanan whatapps atau Facebook memang tak sah.Kalau macam ini lah selalu memang berbual kat sebelah pun guna whatapps la gamaknya.

Disebabkan semua nak jaga badan,maka burger tepi jalan sebelah kedai Habib inilah menjadi menu utama kami semua malam ini.RA amik berger Benjo je yea.

 

Makan malam kami di kejutkan dengan kehadiran mengejut Sapura dan anaknya Aleya yang datang membawa kerepok lekor Mersing.Terima kasih tidak terhingga diucapkan buat Rahim,Sapura dan Alieya yang sudi datang memandu kereta hingga ke Restoran Habib menghantar keropok lekor Pak Chu nya yang sudah di goreng dari rumah.Terharu.sob sob sob.

RA pun tak tahu yang Abang Yunus suruh anak saudaranya goreng keropok yang di belinya di Mersing minggu lepas dan minta di hantar ke Habib.Terima Kasih yea tukang beli keropok ini.Sedap rasanya,nie kalau makan panas-panas lagi lah sedappp!!

Nasib baik lah pekerja Restoran Habib tu selamba kitaorang makan keropok ini kat dalam kedai makannya.Kalau kat kedai lain mesti diaorang tak kasi bawak makanan luar.Yum-yum perut makin sedat pulak bila makan banyak-banyak.Hehehe.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....