Saturday, February 2, 2013

Jimba di Restoran D'Sarang

Ini cerita selepas sahaja selesai sesi mengepam lemak keluar.Bila dah keluar nak kena isi pulak sebab perut dah berbunyi lapar.Jadi RA di jemput rakan-rakan untuk ke Restoran D'Sarang di hadapan bangunan AIA.Maklumlah ada orang mengidam nak makan burger bakar dan ada yang berhajat nak ke Pasar Karat.

 Haaa inilah dia orang yang menjaga kolestral katernya.Makan sampai dua pinggan tak pandang kiri kanan yea.Maklum lah Sherween tak ada...hehe.

Menu utama di sini ialah Burger Longok a.k.a Burger Bakar.Tengok sahaja burger ini,harganya RM20 dan mempunyai 3lapisan daging yang kenyal dan padat.RA makan Chicken Chop Grill sahaja.Maklumlah nak jaga badan (jangan yang baca termuntah lak)

Pergghh memang kenyang giler lepas makan semua ini.Lepas makan kami membuat edisi membuang peluh dengan meronda satu Pasar Karat sampai abis lorong-lorong belakang bangunan pun kitaorang masuk.Nie si Azie la,dah dia cakap RA tak pernah bawak dia masuk sampai ke belakang Pawagan Filem Tamil tu.Amik kau nak sangat kan.Jam 12tengah malam baru kami semua bergerak pulang sambil nyanyi dalam kereta lagu ulang tahun kelahiran si Olie nie.(sumbangg yea)

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....