Saturday, February 2, 2013

Hari Makan dan Passport sedunia

Hai pagi lagi RA dah bangun hari ini.Jam 8pagi RA dah tercongok di Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Setia Tropika untuk memperbaharui passport RA yang dah pun tamat tempoh.Untuk lawatan ke luar negara passport mesti sah 6bulan sebelum tarikh luput.Ingat semua yea.Di sebabkan RA tak bawak gambar untuk di buat passport, maka RA berjalan keluar bangunan KDN ini untuk mengambil gambar.Bukan tak ada kedai gambar di dalam bangunan KDN ini tapi ramai dengan orang yang beratur nak bergambar.Kat luar pulak harga sikit lah punya cekik darah RM12 untuk 4keping.Kalau kat dalam KDN cuma RM10 je.Apa nak buat dah nak cepat.

Jam 815pagi RA dah mula mengambil nombor giliran.Amik kau dapat no 64 tapi oklah tak menunggu lama sangat walaupun pagi itu ramai dengan orang yang nak but passport sempena Raya Cina.Nah dalam pukul 1030pagi dah pun siap passport RA.Memang efisyen pekerja di sini cepat dan pantas.Minggu depan RA dah boleh lah pergi bercuti.

Pagi tu terus balik rumah dan sambung tidur tetapi bangun semula jam 4petang untuk menjamu selera di Medan Selera berhampiran Bomba Larkin.Kak Ros & Abang Mad datang sesudah mengambil anak terunanya dari sekolah.RA makan Nasi Goreng Cina + ABC Special Awet Corner jek.Sedap dan mengenyangkan.

Aktiviti bersambung ke Gim (nak kuruskan badan katernya).Janjinya jam 5petang,tapi jam 6petang baru la sekonyong-konyong mereka semua ini hadirkan diri.Ikut kelas Zumba katanyer.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....