Sunday, February 10, 2013

Destinasi : Saigon - Vietnam Bahagian 3

HARI KE 3:

 TEROWONG CHU CHI,SAIGON

Hari ini memulakan lawatan seterusnya iaitu ke Terowong Chu Chi.Iaitu salah satu kubu kuat tentera Vietnam ketika menentang tentera America.Rombongan kami di jemput seawal jam 830pagi (930pagi waktu Malaysia) di hadapan hotel.Perjalanan sejauh 60km mengambil masa 1 jam 30minit kerana had laju maksimum di lebihraya Vietnam adalah 40 ke 60 km/sejam.

Perjalanan kami melalui sawah-sawah pagi kerana Vietnam adalah negara pengeluargan padi ke dua terbesar di dunia selepas Thailand.Kami berhenti rehat di salah sebuah kilang membuat barangan kraf dan lukisan mengunakan serpihan siput laut dan kulit telur & inilah hasil dari barangan tersebut.

Harga bagi satu cenderahati ini bergantung pada saiznya.Paling murah berharga sekitar RM50 dan yang paling mahal sekali boleh mencecah hingga RM500

Perjalanan di teruskan ke Terowong Chuchi melalui kawasan pendalaman & ladang-ladang getah.Tiba sahaja di sana memang terdapat berpuluh-puluh bas pelancong yang tujuannya sama seperti kami untuk melawat kawasan ini.Terdapat juga beberapa bas yang membawa pelancong dari Malaysia dan Singapura.

 Teruja bila mula-mula masuk ke kawasan bekas perang ini.Kami ke seberang jalan melalui terowong besar tidak jauh dri tempat letak bas kami.Memang penuh dengan pelancong dari pelbagai negara.

Selepas di berikan sedikit penerangan melalui tayangan video tentang sejarah terbinanya terowong ini,RA di bawa melihat sendiri saiz terkecil terowong ini.Badan orang Vietnam memang kecil berbanding Amerika dan atas sebab itu ianya di bina kecil bagi mengelak tentara Amerika menjejaki mereka.

Pengunjung di benarkan mencuba memasuki terowong ini bagi merasai kesesuaiannya dengan badan mereka.

Seterusnya kami di bawa ke kawasan jerangkap samar bagi menentang tentera Amerika.Sangat berbahaya dan jika terjerumus dalam jerangkap samar ini kaki pasti akan di potong.

Yang ini kalau masuk ke dalamnya pasti mati.

Serpihan bom yang di gunakan oleh tentera Amerika untuk meletopkan kawasan ini juga masih lagi tersimpan sebagai bukti wujudnya peperangan yang sengit di sini.

 

Menurut keterangan pemandu pelancong kami ketika zaman perang apabila hujan terowong ini selalunya di penuhi oleh tikus.Antara binatang lain yang turut ikut sama bersama tikus ini ilah ular tedung kerana memang menjadi makanan mereka.Maka pada zaman tersebut ramai tentera Vietnam mati bukan kerana di bunuh tenrera Amerika tetapi di bunuh ular kan kala jengking. 

Kawasan ini memang di penuhi dengan pokok-pokok getah dan parit-parit besar yang di jadikan tempat bersembuyi untuk perang gerila.

Mereka memang tidak mempunyai senjata yang canggih tapi mereka mengunakan apa yang ada di sekeliling mereka yang seba kekurangan untuk menentang penjajahan.

Kami berehat sebentar di salah sebuah kedai cenderata.Minuman dan makanan ringan juga di jual di sini sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lain.Bagi sesiapa yang ingin mencuba menembak mengunakan senjata api Vietnam,perkhidmatan menembak di sediakan tidak jauh dari kedai ini.Anda hanya perlu membeli peluru yang berharga sekitar RM10-RM50.

Zaman perang di Vietnam juga menjadikan mereka begitu kreatif dengan mencipta kulit popiah mengunakan beras.Di sebabkan untuk mendapatkan makanan di waktu itu sukar,maka makanan ini menjadi popular di kalangan rakyat Vietnam sehingga ke saat ini.

 Di ahkir lawatan kami,Kami di pelawa mencuba terowong Chu Chi yang sepanjang 100meter hingga ke 600meter.Bagi yang tidak larat anda boleh menghabiskan perjalanan sepanjang 100meter sahaja.Memang mencabar dengan keadaan yang panas di dalam ini.

 

Setelah mencuba hingga ke hujung terowong ini,kami di hidangkan dengan minum petang di salah sebuah gerai berhampiran dengan di hidangkan ubi rebus dan air Teh Cina.Jam 3petang kami bertolak pulang semula ke bandaraya Ho Chi Minh semula.Kami menyambung lawatan kami di sekitar hotel dengan membeli belah barangan untuk di bawah pulang ke Malaysia.Deretan kedai yang menjual pelbagai t-shirt dan kain menjadi pilihan RA.

Suhu cuaca yang ketika itu amat panas menghadkan perjalanan RA.Jam 5petang RA dah mengangkat kaki untuk pulang ke hotel.Tiba di hotel RA terus mandi dan tidur sebentar.Malam menjelma barulah RA mengambil keputusan untuk bersiar-siar sambil ke Hard Rock Cafe untuk membeli T-shirt.

Sepanjang jalan menuju ke Hard Rock Cafe,RA di jamukan dengan hiasan lampu-lampu indah sempena sambutan Tahun Baru Cina.Lebih meriah dari Jalan Bukit Bintang & Orchard Road Singapura ok.

 Kawasan ini di hiasi dengan cahaya lampu berwarna kuning,biru dan hijau.

Manakala di kawasan ini pulak di hiasi dengan lampu berwarna biru,putih dan jingga.

Memang cukup meriah dan mengasikkan limpahan lampu dan cahaya di sini.

 

 Inilah lah bangunan pejabat pos Saigon yang berkonsepkan ciri Perancis.Cukup unik dan cantik di waktu malam.Dari hujung pejabat pos ini RA belok ke kanan untuk ke Hard Rock Cafe.

Alhamdulillah sampai juga RA ke sini dengan berjalan kaki iaitu sekitar 1.6km dari hotel RA.

 

Haaa apa lagi,beli T-shirt Hard Rock lah.Sehelai berharga RM108.Boleh tahan mahal jugak.Tapi takpe sebab dah minat.

 Cawan kecik ini pun RA beli,harga sebijik yang kecik ini RM45Suasana di dalam Kafe Hard Rock seperti biasa penuh dengan alunan gitar rock.Dah dapat apa yang RA nak,jadi balik la.Apa lagi kan....esok ada lawatan ke tempat lain pulak.

BERSAMBUNG........!!!!!

2 comments:

Irfa said...

tgk terowong tu belum masuk lagi saya dah rasa lemas ;)

RioAzzaro said...

tu la pasal...RA mmg tak masuk pun.sbb phobia sikit dgn benda sempit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget