Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul Semua

Salam Maulidur Rasul semua....Bersempena dengan sambutan ini , RA , Fuad dan anak-anaknya menghadiri majlis perarakkan yang di hadiri bersama pekerja-pekerja IRDA di Dataran Bandaraya.

 Seawal jam 6pagi RA sudah pun bersiap-siap untuk ke Danga Bay berkumpul di pejabat IRDA tempat Fuad dan rakan-rakannya bekerja.Tapi sebelum kami bergerak ke dataran,Pihak IRDA telah menyediakan bungkusan-bungkusan Nasi Lemak untuk di makan oleh kami semua sebelum ke Dataran.Bersantaplah kami pagi itu dengan Nasi Lemak di ruang legar.

Lepas makan RA menunggu ketibaan bas yang akan mengangkut kami ke Dataran sambil melihat-lihat papan perancangan IRDA yang di letakkan di ruang legar pejabatnya.Jam 715pagi kami bertolak ke Dataran dan seperti yang di jangkakan ramai badan-badan berkanun dan kerajaan yang mengambil bahagian dalam perarakkan ini

 Selain Dato Bandar Johor Bahru ada juga jabatan kerajaan seperti Jabatan tanah dan Galian,Hasil,Perpustakaan Awam,Mara,AADK,Jabatan kebajikan Masyarakat,JAIS,Maktab Sultan Abu Bakar,Sekolah Dato Jaafar dan ramai lagi yang RA tak ingat.

Antara yang hadir seawal 7pagi untuk perbarisan

Haa yang baju hijau ini dari Persatuan Selamatkan GAZA

 

 Inilah dia barisan IRDA bersama sepanduk dan kain rentang yang telah siap sedia untuk perarakan ini.Anak-anak bujang Fuad menjadi hero-hero kami semua pada pagi itu.Akmal,Shamil,Faiz dan seorang lagi anak pekerja IRDA yang RA lupa tanya namanya bersemangat memegang sepanduk dan kain rentang ini.Tepat jam 8pagi perbarisan dan perarakkan di mulakan.Bermula dari hadapan Hotel Thistle ke Jalan Sungai Chat di hadapan Maktab Sultan Abu Bakar,kemudian dari simpang masuk Sungai Chat kami terus ke Masjid Sultan Abu Bakar melalui Jalan Skudai. 

Kesian...berpeluh-peluh si Akmal dan Shamil bergilir-gilir memegang kain rentang di sepanjang perjalanan tersebut.Naik merah padam mukanya menahan panas.

 Sambil berarak kami berselawat memuji-muji junjungan Nabi kita iaitu Nabi Muhamad S.A.W.Jam 930pagi kesemua peserta yang menyertai perarakkan tiba dengan selamatnya di Masjid Sultan Abu Bakar.Alhamdullah perarakkan berjalan dengan lancar.Mereka yang tiba awal ada yang di jamukan dengan Nasi Minyak sambil mendengar ceramah dan bacaan Al Quran di dalam Masjid.RA dan beberapa pekerja IRDA menyusul pulang sejurus majlis perarakan tamat.Yang lain masih lagi menunggu mendengar ceramah.

 Singgah dan pulang semula di pejabat IRDA sambil menanti bungkusan Nasi Minyak yang telah di tempah oleh pihak IRDA.Tapi di sebabkan ia tiba lewat sedikit RA pulang awal ke rumah kerana keletihan.


SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA!!!!!!




No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....