Saturday, January 26, 2013

JJTW : Hansel & Gretel

J.J.T.W : JALAN-JALAN TENGOK WAYANG

HANSEL & GRETELL

 Ini adalah filem pertama yang RA tonton di wayang pada tahun 2013.Hansel & Gretel fileh aksi seram yang di adabtasikan dari buku cerita kanak-kanak yang seangkatan dengan Cinderella dan Snow White.

 Bertempat di TGV Bukit Indah tayangan bermula jam 1020malam.Seperti biasa sebeum tayangan di mulakan RA dan rakan-rakan lepak makan malam dulu di A&W di tingkat bawah Jusco Bukit Indah ini.Nampaknya untuk tayangan kali ini kanak-kanak bawah 18tahun tidak di benarkan menonton di sebabkan aksi ganas dan ngeri di dalam filem ini yang tidak sesuai buat mereka.Kak Rovita tak dapat turut serta sebab anak-anak kesemuanya bawah 18tahun.Takkan dia nak tinggalkan anak-anak dia pulak.Jadi bersama Abang Mad,Kak Ros,Olie,Ozie,Nik dan Fuad sahaja lah yang menonton pada malam itu.

Mengesahkan tentang pasangan adik beradik Hansel & Gretel yang sewaktu kecil mereka penah di tangkap oleh seorang ahli sihir kemudiannya mereka terselamat dan berjaya membunuh ahli sihir jahat tersebut.Bila mereka besar mereka menjadi pemburu yang memburu dan menbunuh ahli-ahli sihir jahat yang menculik kanak-kanak untuk di jadikan korban.Pemburuan mereka akhirnya menemukan mereka dengan ahli sihir jahat yang paling kuat yang pernah merancang pembunuhan ibu dan bapa mereka sewaktu kecil.Selebihnya korang kena tengok sendiri lah cerita ini kalau nak tahu di panghabisnya.Selamat Menonton....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....