Sunday, January 20, 2013

Berjimba Di A Farmosa Resort

Baru je sehari sambut ulang tahun esoknya keriangan bersambung ke A Farmosa Melaka pulak.RA ke sini atas misi bercuti-cuti Malaysia sambil melihat-lihat apa yang ada di A Farmosa Resort ini.Bertolak sewal jam 10pagi (awal ke?) RA memandu sendiri hingga ke Alor Gajah Melaka.Tiba dah jam 1230 tengahari sebab RA bawak sekadar 110km/sejam sahaja.Nasib baik tidak tiba lambat,orang cakap memang langkah bendul,memang sesuai untuk makan tengahari sekali di sini.Masuk je di simpang pintu gerbang A Farmosa RA dah terlebih gembira (wah aku sambut ulang tahun aku kat dalam ini hehe-gah gitu).Sampai je di "Club House" RA terus menuju ke kaunter pendaftaran dan mendapatkan kupon makan tengahari di Restoran The Terrace.

Mereka yang lain dah pun sampai cuma RA je lambat sikit tiba.Lepas makan kami semua di bawa ke rumah penginapan kami di Villa D'savoy.Ada kolam renang lagi tau.Memang besar Villa ini dan menpunyai 4bilik yang boleh memuatkan 4orang sebilik.Besarkan bilik ini

Kat luar villa kolam renang dah tersedia bagi siapa yang nak berdebus.

Jam 3petang RA mengambil peluang bersama teman yang lain untuk melihat-lihat bilik & villa-villa yang terdapat di A Farmosa.

Dari Honeymoon Suite ke Condotel kemudian Apartment dan akhir sekali bilik hotel.Yang ini ruang tamu Condotel 3bilik.

  Dan ini adalah bilik airnya.Bersih dan sesuai untuk keluarga yang ramai.

 Kalau turun di bawah pulak bolehlah mengunakan kolam mandi ini.Memang luas untuk seisi keluarga.Acara telematch pula di aturkan oleh pekerja-pekerja resort ini dengan penuh acara menarik.Semua permaianan memang dah tersedia,jadi tak payah lah kitaorang nak pikir-pikir telematch apa yang hendak di buat.

Jam 530petang kami di hantar pulang ke villa dan menunggu untuk acara malam pulak.Terlebih gembira bila di beritahu yang RA akan di bawa ke "Cowboy Town" salah satu taman tema baru yang terdapat di A Farmosa Resort ini.Ianya beroperasi pada setiap malam.

Kami di sambut meriah oleh koboi-koboi,Red Indian dan juga gajah di luar pintu masuk Pekan Koboi ini.Makan malam RA pula di jamu dengan masakan cina di salah sebuah Restoran halal di sini.

 

Gajah ini kalau nak naik harganya kalau tak silap RM30 seorang

Jam 830malam kami terpaksa bergegas masuk ke pertunjukkan Red Indian dan perarakkan muzikal.Saat ini hujan turun renyai-renyai dan menyambut kami dalam kebasahan

 Basah pun basah lah pertunjukkan mesti nak tengok jugak.Nasib baik pihak A Farmosa Resort ada meminjamkan kami payung.Kalau tidak memang basah lecuh lah satu badan.Nak beli payung mahal giler RM25 satu tau.

Pekan Koboi yang basah menyambut tetamu

Pembukaan pertunjukkan di mulakan acara bermain api daripada sekumpulan pekerja resort yang mengelarkan diri mereka Red Indian.

Ingat kanak-kanak di larang meniru aksi profesional ini.

Tamat sahaja pertunjukkan permainan api oleh sekumpulan Red Indian kami menanti pulak perarakan muzikal.Pelbagai haiwan,kereta berhias,Beca dan maskot

Pertunjukkan bunga api turut di sertakan.Memang meriah beb dah macam pesta hari raya pulak

 Kat dalam Pekan Koboi ini juga terdapat teater 4D.RA sempat dapat menonton 2 tayangan pada malam itu iaitu Haunted House & Underwater.Jam 11malam kami pun pulang ke villa dengan baju yang kebasahan.Sampai villa RA terus mandi dan menghilangkan penat untuk tidur

 

Jam 8pagi kami telah di jemput oleh kenderaan resort ke Club House untuk bersarapan pagi.Acara pagi selepas bersarapan adalah melawat ke Safari World pulak.9pagi kami sudah tercongok di pentas pertunjukan gajah.Tapi sebelum itu RA sempat membeli makanan gajah untuk di berikan kepada gajah-gajah ini.Jam 930pagi pertunjukkan gajah di mulakan

Gajah-gajah ini di bawa khas ke Melaka dari Changmai.Pandai juga gajah ini berlakon tak mau bangun tidur dan melukis.Di sini lukisan gajah di jual dengan harga RM10 sahaja tetapi di Changmai macam yang RA pergi 5tahun lepas harga lukisan gajah boleh mencecah sampai RM200.Menurut orang Thai,lukisan gajah ini akan membawa tuah pada sesiapa yang meletakkannya di dinding rumah.(itu cakap orang Thai lah)

 Dah habis pertunjukkan gajah RA menaiki trak lori berpagar pula.Kali ini untuk melihat lebih dekat binatang-binatang yang terdapat di Animal Safari pulak.

Tumpuan paling di tunggu ialah melihat aksi harimau di beri makan dengan lebih depat lagi.Memang kelaparan nampaknya harimau-harimau ini pantang nampak daging ayam yang di gantung terus di terkamnya.

 Selesai sudah menaiki trak safari ini RA ke pertunjukkan haiwan kecil seperti memerang,monyet,kucing dan bingkarung.Kemudian ke pertunjukkan burung dan Wild wild West.

Inilah dia pentas pertunjukkan "WILD WILD WEST" yang sempat RA rakamkan bersama-sama rakan RA.

 

Makan tengahari RA di dalam salah sebuah retoran bersebelahan pentas W.W.W ini.Makanan buffet telah tersedia hidang saat perut RA dan teman-teman berbunyi.

Lepas sahaja makan tengahari kami semua bergerak pulak ke Monkey Island yang terletak di tengah-tengah tasik dengan mengunakan bot ala-ala rakit ini.

 Inilah antara muka-muka si tembam yang mengikuti RA menaiki rakit bot ke Pulau Monyet.Pulau takde lah besar mana,tapi cukuplah untuk merasai pengalaman menaiki bot rakit dan ke pulau ini.

Acara di teruskan ke WaterWorld yang terletak bersebelahan dengan Animal Safari ini.Tetapi kami tak dapat duduk lama di sini kerana hujan dan acara di hentikan sampai pukul 4petang sahaja.Pulang je kat Villa RA terus melingkau tidur sampailah masa untuk makan malam pulak.

 

 Makan malam kami kali ini sedikit istimewa sebab ada sotong dan Lamb Chop.Sos Lamb chopnya memang terbaik dari ladang.Makanan sangat-sangat banyak hinggakan kekeyangan kami di buatnya.

Antaranya Spegetti MeatBall,Ayam masak merah,Nasi Goreng,Isi ikan fillet,Sotong sambal,Lamb Chop,Sayur kobis masak lemak,daging black paper,aneka salad dan pemanis mulut.

Perrghh balik bilik memang kenyang habis.Esok paginya dah nak kena balik JB.Memang terbaik bercuti-cuti di sini.Rasa nak pergi lagi ke sini.Jom semua...

2 comments:

azianierdawati said...

waa ada mahal tak hotel ni? mcm best je!

RioAzzaro said...

harga boleh tahan la..sesuai dan kena dengan apa yang kita dapat nanti.klu nak tau PM saya di whatapps 0127709809

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget