Sunday, January 27, 2013

Antara Kad & Plaza Pelangi


Dah lama rancang nak buat kad pengenalan untuk blog RA ini,tapi selalu tidak berkesempatan.Ramai yang jumpa RA nak beli tiket ke USS atau ke Batam selalu menanyakan kad bisnes RA,tapi RA tak ada.Jadi semalam RA berkesempatan ke Plaza Pelangi untuk membuat sendiri kad untuk blog RA.Lain kali bolehlah RA beri kad ini je kan kepada teman dan pembaca blog RA.Perghh lama juga RA tak jejakkan kaki kat dalam Plaza Pelangi.Sejak RA tidak lagi bertugas di syarikat lama,hampir 4tahun jugaklah tak masuk sini.

 Masih tiada yang berubah,suasana di sini masih sama.Tenang pada hari cuti umum dan sibuk pada waktu bekerja kerana berdekatan dengan lot-lot pejabat di sekitarnya.

 Restoran Rainbow (nasi campur),StoneGrill,Kafe Season dan McDonald sering RA kunjungi dan makan tengahari tiap kali masuk ke sini.Semuanya masih seperti dulu,cuma ada beberapa kedai yang sudah pun tutup atau di tukar dengan perniagaan lain.Nostalgia betul Plaza Pelangi ini.

Masa RA tiba ada jualan murah di MetroJaya sempena sambutan Raya Cina yang akan datang.Tapi kebanyakkan baju yang mereka jual lebih kepada jualan penghabisan stok lama.Sebab banyak stok baru masih tidak di beri diskaun.Jadi patut ke dikatakan Jualan Murah?? 

Anda pikir la sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget