Monday, December 17, 2012

Sehari di Kota Singa

Semalam RA membawa 2 keluarga dari KL iaitu keluarga Kak Liza,adik,suami dan anak-anaknya berjalan-jalan ke Singapura.Tugas yang di pikul oleh RA ialah memandu dan menjadi penunjuk arah kepada mereka ke tempat-tempat menarik di sana.Seawal jam 830pagi kami sudah bergerak masuk ke sempadan Malaysia-Singapura melalui tambak Johor.Bernasib baik kerana tidak berlaku ke sesakkan di waktu pagi.Jam 10pagi kami selesai urusan mengecop passport dan mendapatkan Auto Pass bagi kenderaan kami.Destinasi pertama ialah ke "Mt Faber Park" kemudian ke Pulau Sentosa untuk pusing-pusing sekitar pulau dan bergambar di hadapan Universal Studio Singapura.Tidak masuk ke dalam memandangkan musim cuti sekolah bagi mengelakkan kesesakkan beratur bermain ride di tambah keadaan cuaca yang tidak menentu.Kami juga ke pintu masuk SEA Aquarium,Aquarium terbesar di dunia.Tarikan terbaru di Resort World.Hujan renyai-renyai di sulami dengan lebat ketika saat kami melawati pantai Sentosa mengunakan Monorel dan Tram.Jam 130 tengahari perut dah mula lapar,cadangannya nak ke Restoran Murtabak Singapura tetapi memandangkan hujan begitu lebat,kami ke Suntec City untuk mencari makanan halal di sana.Tiba di sana Medan selera "Food Republic dan Mcdonald di tutup untuk pengubahsuaian.Perut makin lapar dan hujan pun sudah reda, jadi kami bergerak semula ke tempat letak kereta untuk ke Arab Street mencari Murtabak Singapura.Selepas makan dan solat Zohor kami ke Jalan Bussaroh dan Kampung Glam di belakang Masjid Sultan untuk membeli barangan cenderahati.Hebat tak RA berpeleseran dengan motor orang? hehe    

 Destinasi seterusnya ke Melion Park yang terletak di Fulerton Bay.Tempat wajib lawat kerana tak sah lawatan ke Singapura jika tidak singgah di sini.Ok dari sini RA bawa mereka ke SkyDeck Observation yang berada di atas hotel 56 tingkat Marina Bay Sand.Harga untuk naik ke sini adalah S$20 dewasa & S$18 kanak-kanak.Pada siapa yang gayat tidak di benarkan ke sini yea.


Dari sini kita akan dapat melihat pemandangan Kotaraya Singapura dari bangunan 56tingkat ini.Menakjubkan yang dapat RA katakan 

 Pemandangan dari kiri Skydeck boleh dapat meluhat Hotel,The Esplanade (berbentuk durian) dan Marina Parade.

 Pemandangan dari tepi belakang skydeck bangunan pencakar langit Singapura.

 Sambil duduk sekejap melepaskan keletihan dan menikmati pemandangan yang menjanjikan

 Ada beberapa keping lagi gambar yang sempat RA rakamkan buat pembaca blog RA

 Ok yang ini pemandangan belah kanan dari Skydeck.Dapat lihat laut & Garden by the Bay

 Yang ini pulak Garden Bay

 

 Ini pula Marina Bay shopping Mall & ruangan dalam loby Hotel Marina Bay Sand.

 RA mengakhiri lawatan mereka ini ke Orchard Road untuk melihat suasana Krismas dan membeli belah di sana.Sememangnya lawatan seharian dari pagi hingga ke malam ini cukup meletihkan tetapi meninggalkan satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan.

Kalau nak RA bawak masuk anda jalan-jalan ke Kota Singa mengunakan kenderaan anda sendiri dan RA sebagai pemandunya bolehlah hubungi RA di 0127709809.

Harga yang RA kenakan RM150 sehari 

(9pagi - 9Malam.Makan,minum,tol,bayaran pakir,minyak,bayaran tempat masuk tidak termasuk).RA tolong ini untuk pembaca blog sahaja dan hanya pada cuti hujung minggu sahaja yea.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget