Monday, December 10, 2012

JJTW : Life Of PI

J.J.T.W : JALAN - JALAN TENGOK WAYANG

LIFE OF PI

 

 Akhirnya dapat jugak RA tengok cerita ini.Hasil karya Ang Lee ini cukup dramatik dan bermain dengan perasaan dan hati.Bayangkan apa akan terjadi pada kita jika terapung hanyut di laut selama berbulan-bulan dan hidup bersama Harimau yang kelaparan? Filem ini memang terbaik kerana jalan ceritanya cukup bermakna.

RA tengok filem ini dalam imej 3D.Mulanya nak tengok kat TGV bukit Indah,tetapi tayangan jam 430petang sudah penuh.Jadi RA dan teman RA Raymond ke Mall KSL menonton wayang di Panggung wayang MBO.Lama dah RA tak masuk KSL,hampir setahun kot.Assesori telefun bimbit memang banyak terdapat di jual di sini dan lebih murah dari tempat lain.Banyak pilihan pulak tu.

Tayangan bermula jam 3petang dan berakhir jam 5petang.Kelaur je wayang perut dah mula lapar,sebab tengahari tadi hanya makan sebungkus mee goreng yang bapak RA beli untuk sarapan sahaja.Jadi RA dan Raymond ke Restoran Manhattan Fish Market.RA amik Dorey Fish Meal dan inilah hasilnya.

Pilihan menu di sini jugak banyak dan harga pun boleh tahan jugak.Pilihan menu untuk makan 2orang paling murah berharga RM59.90.Jam 620petang baru RA pulang ke rumah.Tempat letak kereta untuk hari itu RM5.00.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....