Wednesday, December 26, 2012

Ber Rumah Terbuka Di Krismas

Hari ini RA banguna awal pagi terus cuci baju dan bersiap-siap pula untuk masuk ke Singapura atas jemputan rumah terbuka bekas rakan sekerja RA Christina Nair di sana.Dulu RA bekerja di Singapura dan kami masih berhubung melalui laman Muka Buku dan WhatApps.RA masuk ke Singapura melalui tambak Johor tepat jam 12tengahari dan Alhamdulillah tidak mengalami kesesakan di sana.Bertempat di Yishun St 21,RA ke sana berpandukan GPS dari telefun bimbit RA.

 

Makanan yang di sediakan di tempah dari katering kegemaran keluarga ini,memang menyelerakan Nasi Beriani,ayam dan telur masala nya.Wah sekarang Akakku ini dah pandai buat kueh dan biskut raya yea.Biskut dan kueh yang di letakkan di atas meja ini di buat sendiri oleh Christina.

 

Ha inilah dia Christina Nair dan amboi penuhnya hadiah kt pokok krismas dia.Bagi rakan taulan yang menyambut Krismas,semua berbahagia bersama orang tercinta yea.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget