Saturday, November 17, 2012

Minggu sebuk ber IKEA Jek

Agaknya mungkin di sebabkan minggu ini banyak cuti perayaan maka ramai yang asik dok cerita pasal masuk IKEA beli barang jek kot,sampai RA pun terjebak ke IKEA Singapura petang semalam.Masuk Singapura pukul 530petang masa hujan tengah lebat nasib baik kereta tak buat hal.Mana taknya dengan trafik yang sesak lagi kat tambak Johor & kat lebuhraya Singapura,tiba jam 730malam kat IKEA Singapura.

 

Sampai je perkara yang perlu di ambil ialah bergambar sebagai bukti yang RA dah sampai ke sini.Akhir sekali RA masuk IKEA Singapura masa umur 20tahun,masa tu pergi dengan kawan RA naik MRT.Lama dah,tak ke sini dan banyak perubahan dan pertambahan yang di buat.OK RA nak naik ke tingkat atas untuk tengok apa yang ada di sana.

 Ok teruja sikit bila tengok ruangan tamu yang di pertontonkan ini.Suka dengan dekorasinya tersusun dan menawan.Ini baru kat pintu depan,belum lagi masuk kat dalam.

 Memandangkan nak cuti Krismas,jadi perhiasan rumah kat sini pun mengikut tema krismas lah.RA tengok je lah,tak mampu nak beli semua tu,sebab mahal.Kena tunggu jadi jutawan.

Ok ini pulak dekorasi bahagian dapur pulak.Sangat-sangat eklusif kan?.Harganya pun boleh tahan jugak.Tapi berbaloi lah dengan apa yang kita dapat.

 Sempat berpeleseran di tepi cermin lagi.Dah kawan RA yang sorang tu kemana tah dia menghilang,sibuk nak cari cawan tak abis-abis.Jadi RA amik gambar sorang-soranglah.Menyampah tul seyyyyy (masuk Singapura kena slang cakap Melayu Singapura).hehe

 Jadilah tu sikit-sikit amik gambar.Kang nak amik gambar lelebih orang cakap kita ini jakun macam tak penah pergi kan.Hakikatnya memang jakun jugak lah bila tiap kali masuk IKEA KL atau Singapura.

 Ini dekorasi untuk bilik Studio yang mempunyai satu bilik tidur sahaja.Ruang dapur dan tamu yang terhad di cantumkan menjadi sebuah rumh yang cukup luas walaupun sempit (tul ke apa RA cakap ini,kalau tak tul korang buat-buat betul je lah yea.)

 Datang pun untuk ukur-ukur harga dulu,nak ukur terbeli pulak kan.Tapi tempat letak lilin ala-ala Inggeris ini memang cantik.S$14.90 jek = RM38.00.Rak pensil tu pulak S$4.90 = RM12.00

 RA hanya beli ini 2lampu ini sahaja.Yang HOLMO tu berharga S$9.90 = RM25.00 dan yang lampu bentuk bintang tu berharga S$19.90 = RM50.00.Jadilah kan,tu je yang mampu.

 Nasib baik sampai kat kastam Johor tak kena cukai.Sebab mulut kawan RA ini jujur,ada ke bila orang kastam tu tanya beli apa,dia boleh jawap beli lampu kat IKEA.Memang wajib la kena bukak & tunjukkan.Nasib baik orang kastam tu baik,kalau tak kena bayar cukai RM20 katernya.Alahhh bukan beli nak buat jual pun,nak guna sendiri.Lepas jugak akhirnya.Susah betul bawak kawan yang jujur ini...huhuhu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget