Friday, November 30, 2012

Majlis Kesyukuran Merangkap PodLuck

 Inilah namanya "Pulut Kuning" makanan orang Melayu yang selalu di berikan kepada rakan,sahabat handai dan sanak saudara sebagai hadiah atau sedekah tanya kesyukuran atau meraikan sesuatu majlis.Dah pada malam semalam Nik & Fuad telah bermurah hati menyediakan pulut kuning ini bagi meraikan anak teruna ke 2 nya yang akan berkhatan esok malam dan memasuki alam remaja.

Asalnya nak buat perjumpaan kat kedai mamak je,tetapi artis jemputan ternama kitaorang iaitu Abang Yunus menawarkan rumahnya untuk di jadikan lokasi perjumpaan.Memandangkan nak buat kat rumah dia,maka kami ramai-ramai pakat bersama-sama menbawa juadah sedikit untuk berkongsi dan meraikannya bersama.Ada KFC,Italian Pizza,Mee Goreng,Jejari Ikan,Nagget goreng,Satey Labis dan teh O di tambah dengan pulut kuning yang di bawa oleh Nik dan Fuad.Kira majlis kesyukuran pada malam itu turut menjadi majlis "PodLuck".

 

 Inilah barisan mereka-mereka yang tiba awal pada malam itu.Amik berkah malam Jumaat.Yang baju Oren itulah anak teruna ke2 Nik & Fuad yang akan berkhatan.Akmal namanya.Gembira yea,esok dah nk kena sunat yea...hehehe

 Sambil-sambil menunggu yang lain datang meja pun di susuh dan makanan pun di hidangkan.Tapi sebelum memakan,doa kesyukuran tetap di baca oleh wakil jemputan yng panggil khas dari Mesir iaitu Abang Mork.Amboi-amboi sahamboi,cantik ye seluar dia,macam nak pergi bersantai kat pantai Klebang Melaka je.(RA pun sama pakai suar pendek).Cuba lah sesekali sopan sikit ikut macam artis yang bukan arus perdana tu,sopan berbaju Melayu berwarna Pink Carrrer....

 Berdoa sampai tersasaul-sasul yea abang Mork sampai mintak di ampunkan dosa kedua isteri-isteri kami.Nasib baik kitaorang tak sempat nak aminkan lagi.Nah amik kau RA dah besarkan gambar ini.Bukan apa nanti ada yang cakap tak aci sebab liputan tentang dia tak ada.

  

 Dan macam biasa sesi bertemu bual dengan artis jemputan dan gosip-gosip pun di adakan.Rupa-rupanya ada kipas kat atas meja hidangan ini.Dan kipas itu hanya boleh di buka bila tuan rumahnya duduk di situ sahaja yea.

 Majlis terpaksa di hentikan bila jam sudah menunjukkan jam 1150malam.Masa untuk pulang dengan perut yang kenyang sekenyang-kenyangnya.Alhamdulillah rezeki Allah beri.Sebelum pulang sesi wajib bergambar beramai-ramai tidak di lepaskan.

 Alhamdulillah dan malam ini Akmal selamat di khatankan.Uncle RA doakan moga menjadi anak yang soleh dan rajin-rajin belajar yea.Selamat menempuh alam remaja!!!!

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget