Saturday, November 3, 2012

JJTW : Skyfall 007

JJTW : JALAN -JALAN TENGOK WAYANG

JAMES BOND 007 : SKYFALL

 Lepas sahaja RA makan bubur nasi bersama teman-teman sekolah lama RA telah bergegas pula ke TGV Bukit Indah untuk menonton filem James Bond 007 : SKYFALL.Tiket wayangkan dah beli sehari sebelum tayangan jadi tiada masalah jika tiba lewat sedikit dari yang biasa.

 Jam 11malam pintu wayang bilik 1 telah di buka,jadi terkedek-kedeklah kami bergegas masuk.sambil itu sesi bergambar & beramah mesra dengan pelakon-pelakon tambahan tidak di lepaskan.Inilah dia antara pelakon-pelakon tambahan pada malam gala tersebut.(katernya gala).Gedik yea yang 2orang dari belakang tu.

 Kalau nak tengok cerita ini pastikan anda telah membuang air besar atau kecil sebelum masuk menonton.Ini kerana jika anda asik nak keluar masuk tandas sahaja,ianya pasti akan menyebabkan orang lain terganggu.Contoh terdekat adalah kawan RA yang sorang ini,tengah orang syok-syok nak tonton dia nak ajak teman dia pergi ke tandas (takut nak pergi sorang-sorang katernya).Jadi di sebabkan tiada orang lain yang nak temankan dia maka terpaksa lah dia menahan.(jangan jadi batu karang sudah lah)

 Cerita tentang bekas perisik MIG yang berpaling tadah dan ingin membunuh setiap perisik termasuk ketua pengarah MIG & James Bond bertungkus lumus untuk melindungi ketua pengarahnya itu dari di bunuh.Tengok dah lewat malam,jadi cerita ini pun habis lewat jugalah.Jam 130pagi barulah habis menonton,jadi perut dah mula lapar & pergilah melepak mengeteh di Mcdonald yang terletak di hadapan TGV Bukit Indah.Masing-masing bila dah sampai mulalah bukak laptop,bukak telefun pintar dan mulalah menyebukkan diri dengan Facebook,Games & Whataaps.Tengoklah tu selamba je muka-muka diaorang ini (termasuk aku sekali).Ingat lagi pesan orang tua-tua "kalau nak keluar mengeteh tapi nak sibuk "mengonline" lebih baik tak payah jumpa dan duduk rumah sahaja".Pesanan itu menjadi pedoman buat semua yea.Dahlah melepak sampai kul 330pagi,boleh pulak nak mintak isi semula air kopi tu.Nasib baiklah pekerja McD tu cakap isi semula air kopi hanya boleh di buat selepas jam 4pagi,kalau tidak jam 5pagi pun belum tentu diaorang nak balik.Mata aku pulak dah lah mengantuk...huhuhu.

Jam 4pagi baru aku tiba di rumah dan tidur bangun sampai jam 12tengahari

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....