Friday, November 9, 2012

Anugerah Makan malam di Batu 4 1/2


Macam kenal je kan tempat ini? Inilah gerai medan selera Kampung Usaha Jaya Batu 4 1/2 sebelum tiba jenjambat ke Plaza Angsana.Ke sini atas jemputan Puan Seri Jack dan suaminya Boy untuk makan-makan sambil bergelak ketawa sambil bertepuk tampar.Andai anda naik bas,pastikan bas berhenti di hadapan kedai bundle kat depan tu.Kalau awal-awal dah turun nanti tak pasal-pasal kena tumpang mamat kampung untuk bawak naik motor ke sini yea.

 

Meja memang tak cukup,jadi terpaksalah mencantumkan ia menjadi panjang sambil mata melilau melihat Anugerah Skrin TV3 di TV gerai makan ini.Wah budak-budak ini pantang jumpa telefun bimbit nak main games je,makan pun tak heran dah. 

Perjumpaan kali ini lebih terjurus pada bual bicara cerita-cerita makan bubur minggu lepas dengan apa aktiviti harian kaum ibu-ibu di rumah.Mee Hongkong yang kononnya tidak di makan,habis di makan oleh Aween.Air yang RA,Mamak dan Boy minum pulak sampai 2kali mintak tambah.Kering tekak katernya walaupun masing-masing sibuk dengan telefun bimbit dan notepad.

 

Makanan yang RA minta dulu yang sampai dari makanan yang lain-lain.Nasi putih , Tomyam Campur dengan telur dadar + Air Teh O suam menjadi santapan di raja buar RA.RA makan dulu yea.

 

Yang kat bawah ini pulak MeeHoon Sup yang di minta oleh anak dara si Jack.Wah bersopan sungguh dia makan persis tuan puteri Hello Kitty.Untung sapa amik jadi menantu anak kau ini Jack.

 Bila perut dah kenyang sempat pulak main sep-sep-sep-me-me-me ini.Mak budak memang tak leh nak buat apa.Terpaksa buat macam tu bagi mengelakkan anak-anak dok buat hal masing-masing tak mau berbual dok kusyuk main game kt notepad & telefun bimbit je

 Perjumpaan kali ini bolehlah di namakan perjumpaan main games beramai-ramai sambil makan-makan.Tak dapat meneruskan tradisi berkaraoke selepas makan sebab pengerusi majlis yang tiba lambat tadi nak membeli belah barangan dapur.(katernya).


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....