Friday, November 30, 2012

Majlis Kesyukuran Merangkap PodLuck

 Inilah namanya "Pulut Kuning" makanan orang Melayu yang selalu di berikan kepada rakan,sahabat handai dan sanak saudara sebagai hadiah atau sedekah tanya kesyukuran atau meraikan sesuatu majlis.Dah pada malam semalam Nik & Fuad telah bermurah hati menyediakan pulut kuning ini bagi meraikan anak teruna ke 2 nya yang akan berkhatan esok malam dan memasuki alam remaja.

Asalnya nak buat perjumpaan kat kedai mamak je,tetapi artis jemputan ternama kitaorang iaitu Abang Yunus menawarkan rumahnya untuk di jadikan lokasi perjumpaan.Memandangkan nak buat kat rumah dia,maka kami ramai-ramai pakat bersama-sama menbawa juadah sedikit untuk berkongsi dan meraikannya bersama.Ada KFC,Italian Pizza,Mee Goreng,Jejari Ikan,Nagget goreng,Satey Labis dan teh O di tambah dengan pulut kuning yang di bawa oleh Nik dan Fuad.Kira majlis kesyukuran pada malam itu turut menjadi majlis "PodLuck".

 

 Inilah barisan mereka-mereka yang tiba awal pada malam itu.Amik berkah malam Jumaat.Yang baju Oren itulah anak teruna ke2 Nik & Fuad yang akan berkhatan.Akmal namanya.Gembira yea,esok dah nk kena sunat yea...hehehe

 Sambil-sambil menunggu yang lain datang meja pun di susuh dan makanan pun di hidangkan.Tapi sebelum memakan,doa kesyukuran tetap di baca oleh wakil jemputan yng panggil khas dari Mesir iaitu Abang Mork.Amboi-amboi sahamboi,cantik ye seluar dia,macam nak pergi bersantai kat pantai Klebang Melaka je.(RA pun sama pakai suar pendek).Cuba lah sesekali sopan sikit ikut macam artis yang bukan arus perdana tu,sopan berbaju Melayu berwarna Pink Carrrer....

 Berdoa sampai tersasaul-sasul yea abang Mork sampai mintak di ampunkan dosa kedua isteri-isteri kami.Nasib baik kitaorang tak sempat nak aminkan lagi.Nah amik kau RA dah besarkan gambar ini.Bukan apa nanti ada yang cakap tak aci sebab liputan tentang dia tak ada.

  

 Dan macam biasa sesi bertemu bual dengan artis jemputan dan gosip-gosip pun di adakan.Rupa-rupanya ada kipas kat atas meja hidangan ini.Dan kipas itu hanya boleh di buka bila tuan rumahnya duduk di situ sahaja yea.

 Majlis terpaksa di hentikan bila jam sudah menunjukkan jam 1150malam.Masa untuk pulang dengan perut yang kenyang sekenyang-kenyangnya.Alhamdulillah rezeki Allah beri.Sebelum pulang sesi wajib bergambar beramai-ramai tidak di lepaskan.

 Alhamdulillah dan malam ini Akmal selamat di khatankan.Uncle RA doakan moga menjadi anak yang soleh dan rajin-rajin belajar yea.Selamat menempuh alam remaja!!!!

 

Wednesday, November 28, 2012

Alamak Cuti Sakit

 Haaa kenapa pulak tetiba RA kuarkan gambar ubat-ubatan ini yea...sebenarnya RA amik cuti sakit hari ini sebab dari jam 10malam semalam sampai ke pukul 10pagi tadi RA tak abis-abis kuar masuk tandas.Perut bila makan je leh jadi keras lepas tu nak ke tandas pulak.Sah kena keracunan makanan.Tak tahu lah makan apa sampai sakit macam ini.Jam 9pagi dah tercongok depan Klinik Aman nak buat rawatan.Tapi jururawat klinik tu cakap doktor masuk lambat jam 945pagi pulak.Aduhai punnnnn.....Terpaksa la RA menunggu lagi 45minit.Sambil tunggu sambil main internet kat telefun bimbit RA,sekali datang 2orang budak Nepal nak buat rawatan jugak.Tetiba dia kuarkan telefun bimbit alamak Samsung S3 daaa......kaya betul budak-budak Nepal ini yea.Balik buat rawatan dan dapatkan ubat RA tidur seharian sampai ke petang

.Sadar-sadar jam dah kul 3petang,perut pulak dah berbunyi.Maklumlah pagi tadi makan biskut je buat alas perut.Tetiba tengok telefun bimbit kawan-kawan mengeteh aku nak lepak makan kat Warong Goreng Pisang Mawar.Apa lagi jam 530petang RA terus bergegas ke sana.Maklumlah perut dah lapar giler Gaban,sakit pun RA gagahkan jugak.Inilah hasilnya bila dah makan beramai-ramai.

Yamseengggg!!!!!. (balik dari Mawar terus ke tandas tapi Alhamdullah,takde cerit birit da)


Monday, November 26, 2012

Mengeteh di Alif Bistro Pulak

 Nah,kali ini mengeteh kat tempat lin pulak.Asik-asik kat Habib kali ini tukar kat Ayub Bistro bandar Baru Uda pulak.Masing-masing bersua muka setelah hujung minggu sibuk dengan urusan duniawi yea.

 Jadi inilah barisan model-model yang peragakan pelekat peti sejuk,Coklat Hershrey,buah salak dan kuih Bingka.Walaupun penat setelah pulang dari KL,Melaka & Tangkak tetap muka ala senyummmmm...

 Malam itu juga menyaksikan acara memotong durian dan melantak beramai-ramai.Buat macam rumah sendiri yea..Dalam kegembiraan memakan tidak dilupakan pada orang tersayang yang jauh di mata menjalankan tugas iaitu Abang Mat dan Encik Yunus kita yang tidak dapat turut serta.Dengar-dengar gosip Abang Yunus kita tu merajuk menbawa diri ke Batu belah Batu Cave.Patut lah senyap je dia pada siang dan malam itu di whatapps....

 Dapat juga hajat seseorang tu melepaskan niat nak makan burger bakar.Nasib baik kat Aliff Bistro ini ada gerainya.Kalau tak melelehlah air liurnya.

 Akhir sekali jam 1130malam majlis pun bersurai setelah banyak melantak pelbagai makanan.Ahli jawatan tingkap nak tidur.


Berkampung di Batam

 Salam Sejahtera,ceh wah salah sejahtera nie.Ok bersempena cuti hujung minggu semalam,RA berkesempatan ke Batam dengan membawa delegasi pembaca Blog RA iaitu Abang Asri dan kelaurganya  dari Pasir Gudang ke sini.Berkumpul seawal jam 830pagi di hadapan Hotel The Zone Stulang Laut kehadiran kami di sini di sambut dengan hujan renyai-renyai.Jam 840pagi RA membawa ke semuanya untuk daftar masuk & mendapatkan pass berlepas.Alhamdulillah seperti yang di rancangkan ferry kami bertolak tepat jam 930pagi.Inilah barisan mereka-mereka yang ceria pada pagi itu.Masing -masing hanya membawa satu bag seorang satu.Nanti kita tengok berapa bag yang akan di bawa pulang dari Batam yea.  

 

 Ferry tiba di Batam tepat jam 1030pagi (waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia).Di sambut oleh Pak Lim dan rakannya kami di bawa menaiki Van ke kedai perusahaan membuat makanan ringan dan kering.Beli kakak-kakak,abang-abang.....jangan tak beli.Dalam mereka sibuk di dalam membeli jajan,RA kat luar sibuk membeli buah salak yang di minta oleh kawan di JB.Mahal jugak dia jual 2Kilo RM16.

Dah abis borong di sini kami ke kedai pembuatan baju Polo Ralph Lauren pulak.Barangan di sini lebih berkualiti dan tulen kerana kilangnya di buka di Batam untuk pasaran Asia.Kalau kedai baju Polo biasa je memang la murah tapi kalau Polo Ralph Lauren sehelai bajunya boleh mencecah RM300-RM500 di Malaysia mahupun Singapura.Di sini harganya dalam RM100-200 sehelai sahaja.Wah sempat lagi bergambar depan kedai ini ya Abang Asri.

Atas permintaan kaum ibu yang mahu membeli kek pisang dan yang seangkatan dengannya,jadi kami singgah ke kedai Oleh-Oleh yang menjual pelbagai jenis kek dan kuih lapis.Inilah hasilnya bila dah tiba.

Ok perut dah mula berbunyi,jadi kami ke Restoran Nasi Padang untuk menikmati makan tengahari di sini.Makan secara hidang dan apa yang kita sentuh dan cubit itulah yang akan di kira.Jadi pastikan makanan apa yang anda hendak sebelum mengambilnya.

 Perut dah kenyang,kek dan jajan dah beli,jadi kami terus ke hotel penginapan kami untuk hari itu iaitu di Grand Park Hotel.Sambil menanti mendapat kunci bilik berehat sebentar di lobby hotel.

 

 Jam 430petang kami ke Batam Miniture House Park iaitu taman mini yang menyediakan rumah-rumah adat suku kaum di Indonesia.Terdapat sebanyak 32 model mini rumah adat yang ada di sini.

Masuk adalah percuma,tetapi di sediakan tabung di hadapan pintu masuk ini bagi sesiapa yang bermurah hati untuk menderma.

Kecil je rumah-rumah kat sini,masa kami datang suhu masih lagi panas walaupun jam dah menunjukkan pukul 5petang.

Oh yea dah pukul 5petang pun,jadi masa untuk membeli belah sudah tiba,kami semua ke Mall Nagoya Hill untuk berbelanja besar pulak.... 

 

Nak beli barangan cenderahati,nak makan malam,nak beli baju,kain,spa,berurut dan barangan elektronik juga ada di sekitar Nagoya Hill ini.Maka berbelanja kami semahunya hingga tutup kedai jam 9malam di sini.

Datang dengan tangan kosong dah pulang dengan tangan kiri kanan penuh dengan barangan yang di beli.Tepat jam 10malam kami tiba di hotel dan beristirehat.

 

Esok pagi selepas bersarapan di hotel,kami bersiap-siap untuk pulang ke JB.Tetapi sebelum tiba ke Jetty Batam Center kami singgah membeli-belah pada saat-saat akhir di Pasar Buah di pekan Lubuk Baja.Kat sini ada di jual pelbagai buah-buahan,jeruk dan kerepak.Pokoknya sediakan saja Ongkos.

 

 Penyu pun boleh menangis tengok telur anak-anak di di jual di sini.Sebiji RM3 tu,tapi kalau pandai tawar boleh dapat RM1 sebiji.

Oklah tu cukup membeli beli belah dan kami bergegas pulang ke Jetty.

 

 Dan inilah hasil tangkapan kami pada hari itu.Betul tak RA cakap awal-awal tadi,pulang mesti bawak balik banyak bag.Tak rugi membeli belah di sini,sebab murah.

Sedih je nampak muka? hehehe....Ferry kami bertolak jam 1.30petang iaitu masa puncak ramai orang Indonesia yang mahu masuk ke Malaysia.Ferry kami penuh dan terpaksalah bersesak sedikit.Alhamdullilah kami selamat tiba ke Jetty Stulang Laut jam 430petang.Terima Kasih Abang Asri,keluarga dan mereka-mereka yang mengikuti lawatan ini,lain kali kalau ada rezeki kita ke Bandung pulak yea.hehe

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....