Friday, October 12, 2012

Mengeteh Cara Bola Di Habib

 Semua jawapan telah terjawap pada malam semalam iaitu ATM mara ke peringkat Akhir Piala Malaysia selepas mengalahkan Lion XII.Permainan bola sepak semalam dapat aku saksikan di skrin TV kedai Mamak Habib Tampoi Utama bersama-sama kawan mengeteh aku.

 Bukan sahaja berpesta nak tengok bola,tapi berpesta dengan macam-macam makanan kat atas meja.Si Azie bawak PavLova hasil air tangannya dan Cheese Tat Coklatnya,Abang Chu pulak bawak Jambu Batu cecah dengan asam.Aku?? aku datang bawak badan je lah.Sebenarnya tak ada rancang pun nak mengeteh kat Habib malam semalam,tapi entah tetiba dapat sms dari Nik & Azie ajak datang (tapi aku tahu siapakah orang di belakang mereka-mereka itu huhu).Untunglah orang tu walaupun hari ulang tahunnya dah lama berlalu,tapi dapat lagi hadiah.Suka lah tu....

 Haa inilah dia Pavlova yang si Azie buat.Bila rasa Azie punya Pavlova teringat pulak kat Pavlova yang Geena buat masa rumah terbukanya raya lepas.Bilalah si Geena tu nak buat lagi yea?.Apapun semalam gamat kat kedai mamak,gara-gara nak tengok sepakkan penalti siapa yang menjaringkan gol.Olie terpaksa pulang dengan hampa sebab pasukan negaranya iaitu Lion XII telah kalah pada malam itu.Bagi ATM tahniah sebab berjaya menempah tiket ke Perlawanan Akhir....(nampaknya bulan depan naiklah gaji kau yea Rafii...huhuh).Sampai menahan nak terkencing sebab dah pukul 1130malam tak balik-balik rumah lagi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget