Friday, October 19, 2012

Kerja & Sarapan di Pagi Nan Sahdu

 Kerja dan kerja..itu lah kalau dah nama kerja.Pagi tadi kena bangun awal seawal jam 430pagi bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk membuat daftar masuk pelanggan syarikat aku yang akan ke Jerejak Resort,Penang.Haa yang ini diaorang amik pakej dari syarikat tempat aku kerja.3hari 2malam Pakej mesyuarat sambil bersantai di sana bersama 32 pekerja.Lengang sungguh lapangan terbang ini,suasana pun suram-suram sepi mungkin pagi-pagi tak banyak penerbangan.Kaunter Air Asia pun lengang sebab tiada penerbangan awal pagi kecuali ke Penang.


 Jam 630pagi semua dah mula masuk ke balai berlepas,jadi kerja aku pun dah siap sepenuhnya.Tibalah masa untuk bersarapan pagi.Tapi ooppssss,ada terima pesanan "Whataaps" dari Habang Chu mengajak sarapan bersama.Wah kalau tulis blog tak sah kalau takde sesi makan-makan kan.Kali ini bersarapan di gerai medan selera di Taman Sri Skudai berhadapan station minyak Caltex (tak jauh dari Gerai Payung)

Singgah makan bersama kami ialah Habang Mork.Mencuba Lontong kuah,tempe goreng & roti canai dia memang menyelerakan.

 Nama tuan kedai ini Abang Mie,(kater Habang Chu & Mork) ermm nampak sangat mereka dua orang ini selalu lepak makan kat sini,sampai kenal tuan kedainya.Yang tebar roti canai ini lah tuannya.Boleh tahan peramah jugak orangnya,tak lokek dengan senyuman dan salam,patut lah ramai pelanggan.Roti canai dia pun sedap,lembut dan kenyal-kenyal sikit.jam 830pagi dah nak bergegas ke tempat kerja semula.Apapun Alhamdulillah kenyang.Terima Kasih yea Habang Mork & Chu....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget