Thursday, October 11, 2012

Jadilah Pencetus bukan Pengikut

Minggu lepas aku terbaca keratan akhbar di Utusan Melayu tentang artikal berbunyi "KITA HANYA PENGIKUT".Artikal yang menyentuh pasal tarian "Gangnam Style" dari Korea yang menjadi ikutkan kita.


Ini antara petikan artikal yang aku paling suka sekali :

Dalam isu tarian gangnam style dari Korea, sekali lagi kita hanya jadi pengikut. Sebelum ini tarian breakdance, anak-anak muda kita tahun 1980-an juga jadi pengikut. Kita kena berjiwa besar untuk jadi pencetus. Tarian gangnam style bukanlah unik apa pun. Tarian kuda kepang lebih unik.Tapi tak ada siapa yang nak mencetuskan fenomena kuda kepang hingga ke luar negara. Jangan kata luar negara, di dalam negara pun ada yang tak pernah tengok tarian kuda kepang.

Kalau tarian klasik India, lain hal juga. Sebabnya tarian klasik India unik dan kaya dengan estetika dan falsafahnya. Tapi kalau setakat gangnam style yang tarinya macam orang mabuk todi, apa uniknya? Kerana kita ini bangsa yang suka mengikut, kita pun ikutlah. Perasan dah antarabangsa boleh menari gangnam style.Tarian itu tak ada salahnya. Yang salah kenapa selalu sangat kita jadi pengikut, tapi sekali pun tak jadi pencetus. Kerana dilahirkan sebagai "pengikut" jugalah lagu dan drama Korea tawan orang Melayu.



Sebenarnya bukan setakat tarian Gangnam ini saja yang orang kita ini jadi pak turut,malah dalam kehidupan sehari-harian pun macam tu jugak.Hakikatnya memang orang kita lebih suka mengikut dan menjadi pak turut selain terima bulat-bulat tentang sesuatu fakta tanpa menyelidik dan periksa kebenarannya.

Terbaru,email yang mengatakan pasal bahayanya Pelekat perhiasan peti sejuk Magnet.Kononnya kesan ultra magneticnya boleh mencemarkan makanan yang berada di dalam peti sejuk dan boleh mengakibatkan Barah....katernya...Di tambah pulak kononnya kajian di lakukan dan di sahkan dari University Of Princeston USA.Bila dapat je email ini maka berebut-rebutlah blogger yang tah dari ceruk rantau mana amik artikal dalam email ini kemudian poskan kt blog mereka....kononnya mereka-mereka ini "alert & aware" lah pasal hal-hal macam ini,nak jadi orang pertama yang memberitahu pada orang awam.Atau mungkin dulu-dulu nak jadi penyelidik tapi tak berjaya.

 

Hakikatnya : setelah di selidik dalam laman web rasmi Univesity of Princeton USA diaorang sendiri tak tahu menahu pun dari mana artikal bodoh ini datang.Dengan kata lain diaorang tak ada rekod kajian pun pasal benda ini kat Universiti diaorang.Lagipun kalau nak fikir secara logiknya,kita boleh fikir yang kenyataan email tu memang tak betul sejak awal lagi.Kalau tak guna pelekat perhiasan magnet itu sekali pun dah sah-sah pintu peti sejuk kita memang dah ada "magnet" untuk menutup pintunya.Jika betul magnet boleh menyebabkan penyebaran barah pada makanan takkan kerajaan atau organisasi antarabangsa nak benarkan pengunaan magnet dalam peti sejuk.Saintis pun tak penah cakap kehadiran arus magnatic boleh menyebabkan barah.Orang lain siap pakai gelang magnet kat tangan sambil makan guna tangan yang ada gelang tu lagi.Ok jek.Lagipun setiap kajian yang di buat mestilah mendapat dana dari organisasi atau pertubuhan kesihatan sedunia.Jika betul lah kajian itu benar,pihak-pihak ini pasti dah keluarkan di kenyataan akhbar,TV dan media massa secara meluas bukan dengan mengirim email dan main mintak forwardkan sahaja.Yang pandai bijak laksana pulak siap potong dan tampal masukkan dalam blog mereka.Kelakar betul.

 

Tu baru email,belum lagi yang sms berantai mintak sebarkan kepada kawan-kawan.Ada tu buta-buta mengikut je apa yang di suruh sebab takut nanti kalau tak sebarkan rezeki akan berkurangan.

 

Teringat cerita dari seorang guru silat yang aku dah anggap macam abang angkat aku.Ada orang datang jumpa dia nak berubat cakap sebab perut dia membusung kena buatan orang.Tapi bila di lihat rupanya bukan kena busung,tapi buasir sebab tak leh buang air besar.Dia baginya minum air rebusan lalang mencecet-ceceret terberak orang tu.Kelakarkan,tapi itulah hakikatnya.

AKHIR KATA : 

DALAM ALAF BARU INI CUBA LAH JADILAH PENCETUS BUKAN PENGIKUT  




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget