Monday, October 22, 2012

Jadual Hujung Minggu Anda

Selalu hujung minggu mesti tak tahu nak buat apa kan? Takkan nak lepak kat rumah atau kat hotel je sehari suntuk kan?.Ok kat sini R.A ada cadangan jadual hujung minggu untuk mereka-mereka yang tak tahu nak buat apa pada cuti hujung minggu di Johor Bahru.

 

7Pagi - Mulakan aktiviti pagi anda dengan beriadah dan berseman.Tempat pilihan riadah pilihan RA :

1.Hutan Bandar Johor Bahru

2.Hutan Bandar Mutiara Rini

3.Taman Merdeka - sebelah RTM

4.Danga Bay 

5.Taman Rekreasi Tasik Pandan - Taman Desa Harmoni

 

9Pagi  - Dah mengeluarkan peluh ayuh kita bersarapan pagi pulak.Kedai sarapan pilihan R.A :

1.Medan Selera Bomba Larkin

2.Medan Selera Hutan Bandar Johor Bahru

3.Medan Selera Jalan Abdullah Tahir (depan bangunan Zurich Insurance) - Ahad tutup

4.Restoran Mat Salleh - Taman Pelangi

5.Pasar Kampung Melayu Majidi 



1030Pagi - Apa kata selepas bersarapan anda ke Stulang Laut melihat-lihat hasil tangkapan laut yang di jual oleh nelayan di tepi jalan di Pantai Stulang Laut.Kalau ada yang berkenan boleh bawak balik masak sambil ambil angin pagi di sana.Kalau tidak mahu anda boleh ke StarHill membawa keluarga atau sendirian mandi manda di kolam mandi buatan manusia di sana.Boleh tahan besar jugak lah tempat ini.


1230 T/hari - Bersiap-siap untuk ke pusat membeli belah sambil makan tengahari.Pilihan R.A :

1.Jusco Tebrau City & Bukit Indah

2.KSL Mall - Taman Century

3.City Square Johor Bahru

4.Plaza Angsana

5.Medini Mall - Nusajaya

6.Johor Premium Outlet - Kulaijaya

Nota : Jika tidak berminat dengan membeli belah , anda boleh lah ke memandu ke Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia) atau ke Air Terjun Kota Tinggi atau ke Pekan Air Hitem (pekan Seramik) yang cuma sejam perjalanan dari Johor Bahru.


400Petang - Dah puas membeli belah,ayuh kita ke Kota Iskandar beriadah sambil melihat keindahan bangunan-bangunan yang di bina di sana.


430Petang - Ayuh minum petang sambil menikmati makanan orang Johor di Selera Johor Plaza Larkin.

Pelbagai juadah makanan orang Johor tersedia di bawah satu bumbung di sini.


530Petang - Bawak sahaja seisi keluarga ke Suara OK - Danga Bay untuk berkaraoke bersama-sama.Rasanya di sini satu-satunya pusat karaoke paling murah di Johor Bahru.Kurang-kurang nak 2Jam tu. 

Bilik Standard            RM 10/SEJAM 

Bilik SUPERIOR       RM 15/SEJAM 

Bilik DELUXE           RM 18/SEJAM 

Super Deluxe             RM 22/SEJAM 

Bilik Special            RM 28/SEJAM


730malam - Pulang ke rumah/hotel dan bersiap-siap untuk makan malam di luar pula.Tempat makan pilihan R.A :

1.Restoran Saujana - Berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas

2.Restoran LC Catering - Jalan Tebrau

3.Restoran Remaja Klasik - Jalan Tampoi

4.Restoran Banafie Village - Jalan Abdullah Tahir

5.Senibong - Permas Jaya 

6.Restoran My Friend Tomyam - Kempas

7.Warong Satey Wak Radol

8.Warong Saga - Jalan Yahya Awal 

9.Medan Selera Pandan City

10.Satey Steamboat Van Lutton - Dataran Bandaraya

9malam - Jangan lepaskan peluang ke Bazar Karat Johor Bahru  di sepanjang Jalan Dhobi,Jalan Segget & Jalan Ibrahim untuk membeli belah ala Pasar Malam (Night Market) yang di buka sehingga jam 1Pagi.

 

ANDAI YANG INGIN KE LEGOLAND :

Lepas je sarapan pagi tu terus je lah masuk Legoland dan lakukan lah aktiviti anda di sana sehari suntuk.Malam nanti kuar leh sambung makan malam di tempat yang di nyatakan di atas.

  - SEKIAN SELESAI -




   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget