Wednesday, October 10, 2012

Bila Bubur Nasi Masuk Tekak

Sedap kan?? Sebenarnya semalam tak terpikir pun nak makan bubur nasi ini,tapi entah macamana boleh tercampak jumpa kawan aku kat rumah Pangsa Semanggi (Area Kampung Melayu Majidi yea,bukan area Taman Pelangi macam yang sesetangah kawan aku cakap).Bual punya bual akhirnya ramai-ramai bagi kata sepakat nak makan Bubur Nasi kat Taman Sentosa ini.Lama jugak lah dah tak singgah sini.

Area sini memang terkenal dengan Bubur Nasi paling sedap.Tapi aku tak ke gerai No1 Bubur Nasi yang popular tu,sebaliknya ke gerai paling hujung depan Bank BSN.Gerai Medan selera bubur nasi ini terletak di jalan susur deretan rumah kedai bersebelah dengan The Store Taman Sentosa.



Makan bubur ini 3 mangkok je.Sorang lagi mintak separuh je sebab perut dia kecik lagipun dah makan kat rumah.Yang lagi dua orang kawan aku tu pulak dok ratah Satar je lah,sebab dah kenyang katernya.Boleh tahan sedap,sambil makan,sambil tengok orang lalu lalang tepi rumah kedai beli DVD,kuar masuk ATM bank dan pergi salon rambut.


Jumlah harga yang kami kena bayar RM21.40

3 set mangkok bubur nasi

Satar satu bakul kecik (ada 5 ketul kot dalam tu)

5 x Air minuman yang tidak memabukkan (hehe-giler nak mabuk)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget