Saturday, September 8, 2012

Rumah Terbuka Lagi...


Masih lagi dalam mood berhari raya dan ini adalah hujung minggu ke 3 dalam bulan Syawal.Acara pagi tadi bermula dengan ke "PC PIKOM FAIR"  di Persada Johor seawal jam 1030pagi.Kemudian berlarutan hingga makan tengahari di Kopitiam Chamek Danga Bay yang baru di buka.Seterusnya ke rumah terbuka Kak Ruby di Taman Daya.Kak Ruby ini selalu buat tempahan tiket penerbangan untuk pekerja-pekerja di Sime Darby Engineering dulu dengan syarikat aku.Walaupun sekarang dah tak amik tiket lagi dengan aku,tapi silaturahim tu tetap ada sebab dah anggap dia macam kakak aku pun.Kat rumah dia aku jumpa Kak Mastura dan keluarganya (bekas penyelia Kak Ruby) dan Erni satu keluarga (rakan sekerja aku).



Sebenarnya petang tadi ada dua rumah yang nak kena pergi dan rancangnya nak pergi rumah Mai jam 4petang kemudian rumah kak Ruby pulak jam 5petang.Tapi bila memandangkan dah tiba awal di Jusco Tebrau aku tukar rancangan ke rumah Kak Ruby dahulu.Tak sangka pulak kawan-kawan yang nak bertolak sama-sama ke rumah Mai di Taman Bukit Tiram kumpul tepat pada masanya.Habis lah petang tu aku kena bebelan dari Kak Ros dan Abang Yunus huhu..Untuk tidak melengahkan masa, mereka terpaksa lah bertolak dahulu dan aku menyusul kemudian.Bila aku dah sampai lewat tu (ala 30minit je) tak dapat lah nak amik gambar mereka-mereka ini tengah makan,haaa amik gambar macam ini pun boleh kan...? Janji nampak jugak walaupun dari belakang.

 

Baiklah untuk tidak mengecewakan orang yang beria-ia suruh amik gambar dan agar tuan rumah dapat mengabdikan kenangan kami semua datang beraya di rumahnya,ini adalah gambar-gambar manja merangkap gedik's kami-kami semua.



 Sempat juga bergambar dengan arnab tuan rumah,maklumlah tuan rumah tengah sibuk melayan tetamu di dalam.Jadi  tetamu yang di luar main dengan arnab dia lah.Yang tak suka pada arnab pulak mulalah mengadakan sesi karaoke bersendirian berhad di halaman rumah di Mai ini tanpa pandang orang lain kiri - kanan tu.Lagu pilihan diaorang kali ini ialah "untuk dia,untuk dia,untuk dia" (lagu tema blog ini)


  Anak-anak pulak bukan main ligat main kat halaman rumput umah si Mai ini,tak tahu lah apa yang diaorang mainkan.Selain Laksa,Ketupat,Karipap dan rojak,kek cawan yang di tempah melalui Azie juga di hidangkan kepada kami dan jugak kepada azie...(makan kek sendiri yea)

  Dan macam biasa aksi gambar berkepak ber ramai-ramai, menjadi idaman semua orang.Yang rasa tak boleh tahan nafas untuk mengkempeskan perut selepas makan banyak tu bolehlah berdiri di bahagian belakang sekali.Nanti orang yang duduk kat depan tu bolehlah menjadi penghadang menutup segala yang terlebih..hehehe.Terima kasih Kak Ruby dan Mai atas jemputan ini.

Balik rumah je badan rasa dah macam nak demam,mana taknya seharian berjalan macam nak rak.Jam 10malam pulak Azie dan Olie mengajak mengeteh di Habib.Nak bagi rasa kek aiskrem katernya,tapi dengan keadaan cuaca yang ketika itu hujan,sambutan yang di terima kurang memberangsangkan.Inilah Kek Aiskrem yang di buat oleh Azie.Memang sedap...yummyyy!!!!!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget