Sunday, September 16, 2012

Riadah Di Taman Merdeka

SELAMAT PAGI WARGA

 JOHOR BAHRU !!!!!!!

Bagi yang ingin beriadah di Johor Bahru,jangan lupa untuk ke Taman Merdeka.Taman yang sudah pun di naik taraf ini menjadi salah satu tempat riadah untuk sekeluarga.

Pagi tadi aku berkesempatan ke sini untuk  bersenam.Taman ini terbahagi kepada beberapa bahagian.


 

Bahagian paling hujung Taman Merdaka ini terletaknya bangunan ala kolenial.Di sini terletaknya beberapa kedai yang menjual barangan runcit dan cenderamata.Mungkin di sebabkan ianya baru beroperasi,kedai-kedai di sini masih belum buka sepenuhnya.Ada laluan untuk berlari di belakang bangunan ini.

 

 Dari laluan belakang bangunan ini kita akan dapat lihat deretan rumah-rumah kediaman bagi pekerja-pekerja yang bekerja di Istana Bukit Serene yang berpagar.

Ini pula sebahagian ukiran batu mengesahkan sejarah Malaysia sewaktu zaman penjajahan British,Jepun dan kemudiannya mencapai kemerdekaan.Terletak di bahagian belakang tasik taman Ini.

  

Dari sini kita akan nampak pula tapak kolam mandi untuk kanak-kanak.Kolam mandinya tidak lah sebesar mana,tapi cukup sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 10tahun. 


Ini pulak Dataran Merdeka di mana terletaknya tiang yang mengantung Bendera Negeri Johor dan Malaysia.Sambil bersenam dan berlari kita dapat juga menambah pengetahuan dengan keterangan tentang sejarah Malaysia & Johor pada dinding berdekatan tiang bendera ini. 

Dataran ini telah di hubungkan dengan jambatan batu di tengah-tengah tasik.Senibinanya ala kolonial Inggeris juga.


Beralih kebahagian yang lain pula.Ini adalah taman yang berkonsepkan ala Inggeris.Di sini terletaknya sebuah kedai makan dan sebuah kedai runcit ala dalam taman.

Pagi tadi ada sekumpulan kumpulan muzik yang akan membuat persembahan di sini. 



 Sebahagian pemandangan Taman Merdeka ini dari sebalik Tasiknya yang berada di tengah-tengah.

Ini adalah anjung 3tingkat bagi melihat keseluruhan Taman Merdeka ini dari atas. 

 

 Gambar ini di ambil dari hadapan restoran yang menjual makanan pagi dan tengahari di sini.Cantik kan? tak cuba lagi makanan kat dalam restoran ini,tapi bau makanannya membuatkan perut aku lapar.Ramai juga yang makan di sini,maklumlah bersenam dan beriadah tu hanya dijadikan penyebab je.Tujuan utamanya nak makan kan kan kan....hehehe.

Apapun selamat beriadah Warga Johor Bahru!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget