Friday, September 28, 2012

Kotaraya Sekarang Galleria

 

 Dah jejakkan kaki di Kotaraya JB? Owwhhh,sekarang ini Kotaraya dah berwajah baru dengan nama yang baru iaitu "GALLERIA @ KOTARAYA".Lepas Margrib tadi aku berkesempatan menjamu selera di sini.Bertempat di Medan selera ala Kopitiam yang terletak di aras bawah komplek ini,aku bersama teman merasai rojak asma Larkin yang terkenal dulunya di sini.Tapi harapan aku tidak kesempaian sebab kedai yang dahulunya tidak lagi membuka gerainya di medan selera ini.Jadi aku cubalah rojak asma di satu lagi kedai di sini.Ternyata rasanya tidak menepati selera aku.Rasa kuahnya sangat tawar yea.Harganya boleh tahan mahal juga RM12 untuk sepinggan begini.Pada aku kalau rasanya sedap aku tak berkira sangaat dengan harganya,tapi...argghhh sudahlah.Mungkin sewa lot medan selera baru ini lebih mahal dari yang dahulunya,sebab itu harga makanan-makanannya sudah naik.

Aras bawah ini dahulunya pasaraya UO,tapi telah di ubahsuai menjadi Medan selara ala kopitam seperti yang di buat di banyak medan selera di Singapura.

Nampak kan dekorasi dan mainan lampunya nampak lebih segar.Penghawa dinginnya pula sangat-sangat sejuk,sesuai dengan dalamannya yang nampak moden


Ini pula bahagian tengah komplek ini.Masih banyak lot kedai yang belum memulakan operasinya sejak ianya di buka pada Hari Raya lepas.Cantik kan? Nampaknya Johor Corp mengeluarkan modal yang banyak untuk membangunkan semula komplek ini setanding dengan komplek-komplek yang baru di buka.

Aras 3 hingga ke 5 komplek ini masih lagi belum di buka untuk orang ramai sepenuhnya.

Aku pasti komplek membeli belah ini akan menjadi saingan kepada komplek-komplek baru yang lain.Mana tak nya saat ianya di ubahsuai,City Square (jirannya paling dekat) pun memulakan pengubahsuaian bagi menandinginya. 


Ini pula bahagian pintu masuk, kaunter bertanya dan ruang legar yang dahulunya terbuka di tutup dan berhawa dingin sepenuhnya.Lebih luas dan kemas.


Ini pula di bahagian luar komplek.Mereka ada buat cabutan bonanza sijil simpanan premium BSN di samping persembahan kugiran dan band.

Nak jugak bergambar kat lampu-lampu cantik ini.Wajib buat kenang-kenangan


Dari luar komplek ini dapat di lihat pengubahsuaian yang begitu ketara.Sangat cantik dan nampak lebih glam dengan mainan lampu di luarnya.

MOGA MAJU JAYA GALLERIA @ KOTARAYA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget